Terjah Pavilion Untuk Bergambar Bersama Karya Seni Bernilai RM200K & Menangi Oppo Reno Terbaru!

Hiburan

Terjah Pavilion Untuk Bergambar Bersama Karya Seni Bernilai RM200K & Menangi Oppo Reno Terbaru!

Telefon pintar kini merupakan satu keperluan dalam kehidupan kita. Sekiranya anda masih tercari-cari sebuah telefon pintar yang bersesuaian dengan anda, Oppo Malaysia telah pun melancarkan Oppo Reno yang mempunyai pelbagai ciri-ciri menarik dengan rekaan yang memukau pada harga yang amat berpatutan.

1

cantik gila kan Oppo Reno nie? Memang terus jatuh cinta dibuatnya

Antara kehebatan dan ke “awesome”-an Oppo Reno yang pasti membuatkan anda ingin memilikinya hari ini juga ialah:-

Advertisement

1. Rekaan yang menawan & memukau

Oppo Reno hadir dengan rekaan yang sangat bergaya dan elegan. Telefon pintar terbaru Oppo ini didatangkan dengan 2 pilihan warna Ocean Green dan Jet Black yang pasti akan membuatkan anda jatuh cinta. . Kedua-duanya adalah warna gradient serba baharu yang tidak pernah dilihat sebelum ini di mana-mana telefon pintar.

Ocean Green – menampilkan permukaan seperti kabus. Memberikan “feel” seperti ada cahaya yang sedang menyinari kabus tersebut. Teksturnya adalah licin dan matte. Anda akan rasa tenang setiap kali menatapnya.

Jet Black – menampilkan permukaan yang berkilat dan menggunakan tekstur lapisan di mana 3 tekstur berbeza menindih sesama sendiri sekaligus menyerlahkan lagi warna 3D gradient tersebut. Memang memukau!!!

2. Kamera utama 48MP + Ultra Night Mode 2.0 untuk gambar malam yang super jelas

2

Mengambil gambar seperti seorang professional bukanlah satu perkara mustahil dengan Oppo Reno. Dijana dengan kamera hadapan 48MP, kualiti gambar Oppo Reno sangat jelas, terang dan menyerlahkan segala perincian yang anda inginkan walaupun di dalam keadaan gelap. Kehadiran fungsi Ultra Night Mode 2.0 juga memudahkan anda untuk mengabadikan detik-detik indah malam hari. Selain itu, ada beberapa fungsi seperti “dazzle mode” dan “portrait mode” yang memastikan gambar anda nampak lebih semulajadi dan memukau. Confirm ramai yang akan cemburu apabila anda memuatnaik gambar ke Instagram selepas memiliki Oppo Reno ini.

3. Spesifikasi yang mantap dengan kuasa bateri besar

3

OPPO Reno dikuasakan dengan cip pemprosesan Snapdragon 710, bateri sebesar 3,765mAh dan pengecasan pantas VOOC Flash Charge 20W. Selain itu, jenis skrin yang digunakan adalah panel AMOLED sebesar 6.4 inci dengan ketahanan Corning Gorilla Glass 6. Terdapat dua pilihan memori iaitu 256GB ROM dengan 6/8 GB RAM atau 128GB ROM dengan 6 GB RAM. Confirm tiada sebarang masalah “lag” ketika bermain “games”, menonton YouTube serta Netflix atau berborak dengan member berjam-jam.

4. Kamera hadapan terangkat yang unik

4

Rekaan kamera hadapan Oppo Reno ini memang sangat “cool” dan istimewa kerana ia akan “muncul’ secara menyendeng dalam tempoh 0.08 saat apabila anda memilih untuk merakam gambar selfie. Untuk makluman, kamera selfie ini telah melepasi ujian jatuh sebanyak 200,000 kali. Kalau terjatuh pun, ia akan masuk ke dalam secara automatik untuk mengelakkan sebarang kerosakan. Power kan?

Jika anda sudah teruja dan ingin memiliki Oppo Reno hari ini juga, anda boleh membuat “pre-order” di SINI . Harga jualan Oppo Reno ialah RM1,999 dan anda akan memperolehi hadiah PERCUMA bernilai RM437 apabila melakukan “pre-order”. Namun jika anda ingin mencuba nasib membawa pulang telefon pintar ini secara PERCUMA, bolehlah ringankan kaki ke Pavilion dan menyertai pertandingan Oppo Reno “Snap and Win Contest”.

5

Pertandingan ini dianjurkan khas oleh OPPO bersempena dengan pelancaran siri OPPO Reno terbaru dengan spesifikasi lebih gempak. Boleh mengambil gambar dengan 10xZoom pada 27 Mei kelak. Karya seni OPPO di Pavilion ini dibina menggunakan 2000 unit peranti OPPO Reno. Perkataan “Reno” jelas kelihatan pada karya tersebut bagi “menceritakan” keistimewaan peranti tersebut.

6

Cara untuk menyertai peraduan Oppo Reno “Snap and Win Contest” yang berlangsung dari 15 sehingga 22 Mei ini amatlah mudah. Anda hanya perlu ikuti 3 langkah di bawah ini:-

1. Ambil gambar paling menarik & paling kreatif di karya seni OPPO yang bertempat di pintu masuk utama Pavilion
2. Muatnaik gambar tersebut ke akaun Instagram anda dengan hashtag #GetReadyForRenoMsia dan #OPPOReno
3. Berikan sebab mengapa anda terpikat dan teruja dengan OPPO Reno terbaru. Tag 2 rakan anda. Pastikan akaun Instagram anda adalah “public”.

7

8

Senang je kan? Ha, untuk menambahkan keterujaan anda, Abang Nara nak kongsikan tentang Oppo Reno 10x Zoom Edition yang bakal dilancarkan di Malaysia pada 27 Mei ini. Ia merupakan edisi premium kepada Oppo Reno yang sedia ada. Memang lebih mengujakan, lebih menggiurkan dan lebih mantap!!!

OPPO Reno 10x Zoom Edition

9

OPPO Reno 10xZoom ini lebih istimewa sedikit, kalau anda boleh lihat antara perbezaan utamanya dalah pada fungsi kamera.

OPPO Reno 10xZoom dihadirkan dengan Tri-Kamera 48MP f/1.7 (Wide), 13MP f/3.0 (telefoto) dan 8MP f/2.2 (Ultra-Wide) dan mempunyai keupayaan untuk zoom sehingga 60X kali. Wah! Memang hebat.

Ia dikuasakan dengan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 855. Umum mengetahui cip ini antara cip berkuasa tinggi daripada Qualcomm dengan keupayaan tiga kali lebih pantas berbanding cip ciptaan mereka terdahulu, dan semestinya lebih pantas daripada pesaing mereka yang lain di pasaran. Skrinnya pula bersaiz 6.6-inci dengan kuasa bateri yang lebih besar 4,065Mah.

Jadi, apa yang anda tunggu lagi? Jom sertai OPPO Reno ‘Snap and Win Contest’, tangkap gambar dan menang! Jangan lupa sertakan hashtag #GetReadyForRenoMsia. Mana tahu anda pemenang yang kami cari. Untuk maklumat lanjut layari Facebook Oppo Malaysia. Jangan lupa untuk nantikan bersama-sama majlis pelancaran Oppo Reno 10x Zoom Edition pada 27 Mei nanti.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...