Terinspirasi Dengan Kejayaan Juara Memanah Malaysia, Ashraf Muslim Simpan Hasrat Mahu Ceburi Sukan Lasak Itu Di Masa Hadapan

Hiburan

Terinspirasi Dengan Kejayaan Juara Memanah Malaysia, Ashraf Muslim Simpan Hasrat Mahu Ceburi Sukan Lasak Itu Di Masa Hadapan

Terinspirasi dengan kejayaan Erina Emalina yang merupakan wanita warga Malaysia yang telah menjuarai sukan memanah berkuda peringkat dunia, pelakon Ashraf Muslim menyimpan hasrat untuk menceburkan diri dalam bidang sukan lasak itu di masa hadapan.

Ashraf meluahkan rasa teruja itu di ruangan Instagram miliknya sambil menyatakan bahawa para peserta sukan memanah berkuda tidak kira lelaki atau perempuan, hebat-hebat semuanya.

Advertisement
View this post on Instagram

The wind of heaven is that which blows between a horse’s ears. Feel it.. #horseriding #Alhamdulillah

A post shared by Ashraf Muslim (@ashrafmuslim) on

Dia turut memberi bayangan akan menceburkan diri dalam sukan memanah berkuda suatu hari nanti.

“Rasa terharu dan terkesima sangat-sangat. Akak @emerismail ni memang terer lah! Kalau nak tahu Malaysia memang hebat dalam memanah berkuda. Tak kisah lelaki atau perempuan. Dua-dua hebat. Tahniah! Insyallah..my turns will come..”

Ashraf turut memberitahu bahawa sebagai seorang muslim haruslah berusaha untuk belajar dan mahir dalam aktiviti tersebut jika berpeluang kerana banyak kelebihan yang boleh didapati dalam sukan tersebut.

Semoga impian Ashraf Muslim tercapai hendaknya!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...