Pelakon Norman Hakim baru-baru ini telah berkongsikan berita gembira di mana dia khabarnya telah berjaya khatam naskah suci Al-Quran pertama kali untuk tahun ini menerusi akaun Instagramnnya.
Meskipun tahun ini hanya sekali dia berjaya khatam Al-Quran berbanding tahun-tahun sebelumnya, Norman menjelaskan dia hanya membaca dua muka surat setiap hari kerana ingin fokus kepada pengertian maksud ayat lazim dalam setiap bacaan.
Dia dilihat turut berkongsi tips tentang bagaimana ingin khatam naskah suci tersebut kepada pengikut Instagramnnya dan juga para peminat yang mengikutinya.
View this post on Instagram
“Saja nak kongsi tips..macam tahun lalu saya dapat khatam dua kali sebab saya baca empat muka surat dalam satu hari. Dalam masa lima bulan saya dapat khatam untuk kali pertaman dan kali kedua, jadi 10 bulan. Cuma tahun ini saya khatam untuk kali pertama dalam masa setahun sebab saya sasar dua muka surat dalam satu hari. Selain baca dan tadarus, saya baca tafsiran untuk faham pengertian maksud terutama ayat lazim dalam solat kita.”
Dalam pada itu, pelakon yang kini berusia 44 tahun mengakui bahawa anak lelakinya, Mohammed Danish Hakim sentiasa menjadi inspirasi buat dirinya untuk terus istiqamah dalam tadarus dan tadabbur.
View this post on Instagram
Mengakui bukan mudah untuk terus konsisten dalam membaca Al-Quran pada setiap hari, namun jika sudah diamalkan seharian pastinya akan terasa rindu jika tertinggal bacaan sehari dua. Norman dalam pada masa yang sama sempat mengucapkan terima kasih kepada mereka di luar sana yang mendoakan yang baik-baik untuk dirinya dan keluarga tercinta.
Suami kepada pelakon Memey Suhaiza ini turut berharap bahawa perkongsiannya itu dapat memberikan manfaat kepada semua orang tanpa menimbulkan sebarang perasaan riak dalam dirinya.
Sumber : mStar Online