Teringin Solekan Gaya London? Cuba Foundation RIMMEL Lasting Finish, Tahan Sehingga 35 Jam Tu!

Branded

Teringin Solekan Gaya London? Cuba Foundation RIMMEL Lasting Finish, Tahan Sehingga 35 Jam Tu!

“Weyh on-pointnya make-up kau, brand apa ni?”

Pernah tak rasa jealous bila tengok solekan orang lain terletak pada wajah walaupun dah seharian? Tiba pada kita, sampai rasa rimas asyik nak kena touch up. Baru beberapa jam apply, hilang dah makeup dekat muka.

Kadang-kadang teringin juga nak guna foundation yang tahan lama macam ‘mat saleh’ kat London. Sampai penatlah asyik bertukar foundation.

Kalau anda mengalami masalah sebegini, sudah tiba masanya untuk anda bertukar kepada Rimmel Lasting Finish 35HR Foundation.

Solekan tahan lama & wajah terasa lembap

Penggunaan foundation terlampau lama boleh menyebabkan wajah menjadi kering dan menjadi salah satu punca solekan cepat hilang.

Dengan keadaan cuaca yang panas dan peluh, ia memberi tekanan kepada kaum wanita khususnya untuk memilih foundation yang boleh dipakai bagi jangka waktu panjang tapi paling penting tahan di wajah.

Namun kini anda tidak perlu risau, memperkenalkan Rimmel Lasting Finish 35HR Foundation, dengan formulasi yang dipertingkat, foundation ini mampu bertahan sehingga 35 jam dan paling penting ia mempunyai asid hyaluronik yang memberikan penghidratan tinggi pada wajah.

Anda yang ada kulit kering pun boleh pakai!

Tapi bukan itu saja, dengan kandungan 2% Niacinamide, foundation ini telah terbukti secara klinikal dapat membantu mencerah dan membuatkan tona kulit menjadi lebih sekata.

86 peratus pengguna turut bersetuju* wajah mereka menjadi lebih cerah dan lembap selepas menggunakan Rimmel Lasting Finish 35HR Foundation.

*Kajian daripada Internal Consumer Study

Water Proof, Crease Proof & Transfer Resistant

Selalunya jika tertidur dengan solekan, bila bangun mesti dah comot kan? Formulasi Rimmel Lasting Finish 35HR Foundation pasti buat anda jatuh cinta kerana ia juga water proof, crease proof dan transfer resistant.

Jadi, jika anda tertidur dengan solekan atau terpaksa menggunakan foundation untuk waktu yang lama. Selepas seharian, solekan anda masih tetap on-point tanpa merengsakan wajah.

Kami faham ramai wanita yang risau jika menggunakan foundation terlampau lama pada wajah, ia akan menyebabkan pori-pori tersumbat.

Rimmel Lasting Finish 35HR Foundation menggunakan formula perlindungan tinggi yang dapat membantu kulit wajah untuk bernafas. Bukan hanya membantu menutup cela, ia juga mengandungi perlindungan matahari SPF20 yang dapat melindungi wajah daripada udara urban yang tercemar dan sinaran ultra biru.

12 Varian Warna Sempurna Untuk Wanita Asia

Foundation dah best, kalau tak jumpa shade yang sesuai pun susah juga. Rimmel Lasting Finish 35HR Foundation mempunyai 12 pilihan warna menawan yang pastinya dapat memenuhi kepelbagaian tona kulit wanita Asia.

Selain itu, semua produk Rimmel adalah vegan, bebas kekejaman (tidak diuji keatas haiwan), serta mesra kepada alam sekitar.

Dapatkan solekan gaya wanita London dengan Rimmel Lasting Finish 35HR Foundation

Jika anda wanita bekerjaya atau mungkin ingin pergi bercuti dan mahukan solekan sentiasa on-point, cubalah Rimmel Lasting Finish 35HR Foundation.

Wajah kekal lembap dan solekan tahan lama walaupun setelah seharian.

Rimmel Lasting Finish 35HR Foundation boleh didapati di Shopee , Watsons dan Guardian!

Maklumat lanjut mengenai jenama Rimmel London Malaysia anda boleh ikuti merek di Facebook, Instagram dan TikTok.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...