January 17th, 2020

Ramai antara kita yang selalu rasa takut-takut untuk warnakan rambut dengan sendiri. Mungkin ada yang takut tersalah buat, takut tak jadi atau lagi teruk, rambut rosak sebab warnakan sendiri! Kalau warnakan rambut sendiri di rumah, tak dinafikan lebih mudah sebab tak perlu susah payah untuk ke salon rambut. Yang bestnya lagi, lebih jimat! Tapi untuk yang tak pernah buat sendiri, mungkin tak tahu macam mana nak mula kan?

Dapatkan info warna yang sesuai

Garnier Color Naturals

Sebelum apa-apa, perkara pertama yang paling penting sekali ialah pemilihan warna. Penting untuk pastikan warna rambut yang dipilih sesuai dengan tona kulit anda. Pertama sekali, kenalpasti tona kulit anda sama ada dalam kumpulan cerah ataupun gelap.

Jika anda seorang yang berkulit cerah, elakkan daripada memilih warna cerah seperti golden blonde kerana ini akan buatkan anda nampak pucat. Sebaliknya, pilih warna dengan asas biru dan violet-red. Bagi yang berkulit gelap pula, apa-apa warna dengan asas kuning dan jingga sesuai dengan tona kulit anda.

Rawat masalah rambut

Garnier Color Naturals

Ada antara kita yang mempunyai masalah rambut seperti rambut gugur, kelemumur, kering dan sebagainya. Disarankan untuk anda merawat dulu masalah ini sebelum memilih untuk mewarnakan rambut. Ini untuk mengelakkan keadaan rambut anda bertambah teruk dan mungkin akan menambahkan masalah rambut yang lain.

Ada beberapa faktor yang menyebabkan masalah rambut ini berlaku seperti gaya pemakanan, produk rambut yang digunakan, masalah hormone dan lain-lain. Apa kata anda kenalpasti dulu punca masalah rambut anda kemudian rawat masalah ini sebelum mewarnakan rambut. Bila rambut sihat, baru lah seronok nak warnakan rambut! Warna rambut pun nampak lebih cantik pada rambut yang sihat.

Beli shampoo khas untuk rambut berwarna

Garnier Color Naturals

Ini antara kesilapan yang selalu dipandang remeh oleh sesetengah pihak. Walaupun nampak macam tak ada apa tapi sebenarnya ini aspek yang paling penting sekali untuk rambut yang berwarna. Rambut yang berwarna perlukan shampoo khas untuk pastikan warna pada rambut tidak cepat luntur.

Pilih produk khas yang dibuat untuk rambut berwarna untuk kekalkan warna rambut dan pada masa yang sama menjaga kelembapan rambut. Kalau anda gunakan shampoo biasa, lama kelamaan rambut anda akan kembali kepada warna asal semula. Penat je warnakan rambut!

Periksa kandungan pewarna rambut

Ramai yang selalu takut untuk warnakan rambut sebab takut rambut rosak kan? Sebab itu lah penting untuk semak dahulu kandungan di dalam pewarna rambut yang ingin digunakan. Jangan sebarangan memilih produk tanpa menyemak sama ada kandungan nya selamat digunakan ataupun tidak.

Pewarna rambut yang bagus perlu ada tiga bahan semulajadi ini iaitu minyak zaitun, minyak badam, dan minyak avokado. Tiga bahan semulajadi ni memang terbukti dapat menjaga kelembapan rambut dan kulit kepala. Jadi memang takkan ada masalah rambut rosak selepas diwarnakan! Tapi produk apa yang ada semua bahan-bahan ni?

Garnier Color Naturals

Garnier Color Naturals

Garnier Color Naturals merupakan pewarna rambut yang merawat dan menutrisi rambut pada saat dan setelah diwarnai. Yang penting, tanpa reaksi ammonia! Memberikan warna yang intens dengan Color Lock Technology dan formulanya diperkaya dengan minyak zaitun, badam dan avokado yang menjaga ketahanan warna dan rambut terawat selama 8 minggu. Wow, tak payah susah-susah nak warnakan rambut banyak kali macam ni!

Selain daripada tiga minyak semulajadi, Garnier Color Naturals turut mengandungi serum buah-buahan dan vitamin. Ini akan membantu rambut anda nampak lebih berkilau dan mempunyai wangian yang harum. Untuk yang nak menutup rambut beruban, jangan risau kerana Garnier Color Naturals dijamin boleh membantu menutup uban dengan sempurna. Yang bestnya lagi, pewarna rambut ini telus air dan dijamin *halal!

*sila rujuk pada pek untuk logo halal

Garnier Color Naturals

Produk dah best, kandungan pun selamat dengan bahan semulajadi, harganya macam mana pulak? Percaya ataupun tidak, Garnier Color Naturals hanya berharga RM19.90 sahaja! Ada 6 warna yang boleh dipilih antaranya ialah Hitam Alami, Coklat Gelap, Merah Burgundy, Coklat, Coklat Caramel dan Merah Berry.

Manakala untuk pek sachet untuk sekali penggunaan cuma berharga RM8.40 dengan 4 pilihan warna iaitu Hitam Alami, Coklat Kehitaman, Coklat dan Merah Burgundy. Untuk pek sachet ini, ianya diperkaya dengan minyak badam dan Serum Extra Shine dengan kesan 5X lebih berkilau.

Anda juga boleh gunakan pek sachet ini untuk touch up bahagian akar rambut yang baru tumbuh atau untuk yang berambut pendek. Memandangkan aplikasinya juga lebih cepat kerana hanya perlukan 15 minit sahaja!

Garnier Color Naturals

Dengan kandungan bahan semulajadi yang ada di dalam Garnier Color Naturals ni, anda tak perlu risau lagi untuk warnakan rambut tanpa perlu rosakkan rambut dan kulit kepala. Tunggu apa lagi? Cepat dapatkan produk Garnier Color Naturals di pasar raya berhampiran anda!

Kalau nak lagi senang, anda juga boleh dapatkan Garnier Color Naturals dalam pek kit atau sachet secara atas talian di Lazada, Shopee dan Hermo.

Lazada: Kit / Sachet

Shopee: Kit / Sachet

Hermo: Kit / Sachet


Untuk maklumat lanjut tentang Garnier Color Naturals boleh layari laman sesawang rasmi Garnier. Ikuti Garnier di laman Facebook dan Instagram untuk dapatkan sebarang maklumat terkini tentang Garnier Color Naturals.




One response to “Teringin Nak Warnakan Rambut Sendiri Tapi Takut? Jom Baca Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Warnakan Rambut”

  1. DE SOPHEA says:

    cantik gila color rambut ni… mmg boleh buat rambut raya ni :)

Loading...