Teringin Nak Laptop Baru Bila Buka Semester? Dapatkannya Serendah RM8.97 Sehari Menerusi HUAWEI Smart Life Package!

Hiburan

Teringin Nak Laptop Baru Bila Buka Semester? Dapatkannya Serendah RM8.97 Sehari Menerusi HUAWEI Smart Life Package!

Komputer riba atau laptop adalah satu KEPERLUAN untuk pelajar-pelajar university/kolej sekarang. Laptop yang pantas, ringan dan mudah dibawa ke mana-mana amat penting untuk menyiapkan laporan, membuat presentation serta merehatkan diri selepas seharian menuntut ilmu. Berdasarkan pengalaman, kalau tak ada laptop masa belajar, memang sengsara hidup dibuatnya.

Pakej Huawei SmartLife

dengan laptop memang semua kerja jadi lebih mudah

Bersempena semester baru yang bakal tiba, Abang Nara nak kongsikan tentang HUAWEI Together 2020 Student Package yang membolehkan para pelajar memiliki laptop baru dengan harga serendah RM19.39 sehari. Pakej ini merupakan salah satu daripada HUAWEI Smart Life Package yang menawarkan pelbagai produk HUAWEI pada harga yang berpatutan di dalam satu pakej tanpa membebankan dompet anda.

Advertisement

Pakej Huawei Smart Life

Paling best, dengan HUAWEI Together 2020 Student Package, anda bakal menjadi pemilik kepada 4 produk HUAWEI yang pastinya akan memudahkan lagi perjalanan anda sebagai seorang pelajar university/kolej. Ha, jom kita ushar.

HUAWEI Matebook 13

Huawei Matebook 13

Ringan, pantas dan menakjubkan. HUAWEI Matebook 13 adalah laptop impian setiap pelajar. Dengan berat HANYA 1.3 kilogram, laptop ini hadir rekaan nipis dan premium, menggunakan skrin sentuh 13-inci dengan penawaran resolusi mencapai 2K. Paling penting, ia dijana dengan cip Intel Core i5, 8GB RAM dan 512gb storan + GPU NVIDIA® GeForce MX250 yang membolehkan anda melakukan sebarang tugasan dengan pantas. Setakat nak buat presentation pakai PowerPoint memang confirm no problem at all.

Huawei Matebook

Yang lagi syok, kalau anda ada smartphone HUAWEI, boleh terus sambungkan dengan HUAWEI Matebook 13 ini hanya dengan menggunakan fungsi “One Touch”. Sentuhkan je smartphone anda di laptop dan apa yang terpampang di skrin smartphone anda akan muncul di skrin HUAWEI Matebook 13. Memang makin senang nak transfer kesemua nota yang telah anda catat masa di dewan kuliah. Kalau tak dapat A jugak, memang tak tahulah nak cakap apa.

HUAWEI Nova 5T

Huawei Nova 5T

Kalau selama ini anda berkira-kira nak tukar smartphone yang lebih canggih dan power, jangan risau kerana di dalam HUAWEI Together 2020 Student Package ini turut disediakan HUAWEI nova 5T. Apa yang paling best tentang nova 5T ini tak lain tak bukan ialah 5 AI kameranya iaitu gabungan lensa utama 48MP + 16MP lensa ultra-lebar + 2MP Makro + 2MP sensor kedalaman dan lensa selfie 32MP. Setakat nak tangkap gambar tulisan lecturer anda di whiteboard memang tak ada sebarang masalah.

Paling penting, segala memori ketika zaman belajar anda akan terabadi di dalam gambar-gambar yang berkualiti tinggi sekaligus menjadi satu kenangan terindah buat selamanya. Selain itu, HUAWEI Nova 5T juga mempunyai AIS Super Night Mode yang membolehkan gambar pada waktu malam diambil dengan jelas walaupun dalam keadaan kekurangan sumber cahaya.

Huawei Nova 5T

Dijana dengan HiSilicone Kirin 980 (7nm) yang merupakan chipset Mobile AI pertama di dunia, HUAWEI nova 5T memastikan anda melakukan sebarang aktiviti dengannya tanpa sebarang gangguan. Selain itu, teknologi SuperCharge memboleh nova 5T ini dicas sehingga 50% dalam tempoh 30 minit sahaja. Memang sesuai sangat untuk para pelajar yang sering berkejar ke sana ke mari sehingga tak ada banyak free time. Sambil makan breakfast dah boleh setel cas telefon untuk kegunaan seharian.

This slideshow requires JavaScript.

Last but not least, HUAWEI Nova 5T hadir dengan 3 pilihan warna iaitu Black, Crush Blue dan Midsummer Purple adalah 3 pilihan warna yang cantik-cantik belaka. Gambar OOTD anda di university/kolej pasti akan tampak lebih menarik dan menawan apabila bergambar sambil memegang smartphone ini.

HUAWEI Watch GT 2

Huawei Watch GT2

Salah satu masalah yang sering dihadapi oleh seorang pelajar ialah terlepas pandang mesej, email atau maklumat penting daripada kawan-kawan dan lecturer. Ha, dengan HUAWEI Watch GT2, anda boleh ucapkan “bye-bye” kepada masalah tersebut. Hubungkannya dengan smartphone HUAWEI nova 5T anda dan segala notifikasi akan muncul di jam tangan anda. Jadi anda tidak akan terlepas lagi segala perjumpaan penting, tarikh akhir penghantaran report dan segala informasi terkini di university/kolej anda.

Huawei Watch GT2

Selain daripada rekaannya yang cukup bergaya dan menarik, HUAWEI Watch GT 2 juga sentiasa memantau tahap kesihatan anda dengan mengira degupan jantung, jumlah kalori yang digunakan dan kualiti tidur anda. Sebagai seorang student, jangan pandang rendah perkara-perkara sebegini lebih-lebih lagi apabila tiba musim peperiksaan. Kadangkala anda tak sedar yang badan sudah tak berapa sihat kerana terlalu sibuk belajar. Dengan HUAWEI Watch GT2, kesihatan anda PASTI terjamin.

HUAWEI Freebuds 3

Huawei FreeBuds

Sewaktu mengulangkaji untuk peperiksaaan, sudah tentu anda mahukan suasana yang sunyi, tenang dan tanpa sebarang bunyi bising kan? Memang mustahil untuk mendapatkan suasana sebegitu lebih-lebih lagi jika tinggal serumah dengan kawan-kawan satu universiti/kolej. Ha, dengan HUAWEI Freebuds 3 ini, anda boleh dapatkan kondisi optimum untuk study kerana ia memiliki teknologi noise cancelling yang awesome!!!

Huawei Freebuds

Kalau anda jenis kena dengar muzik sambil study, jangan risau sebab boleh sambungkan HUAWEI Freebuds 3 ini dengan HUAWEI nova 5T dengan cara yang amat mudah sekali. Cuma perlu aktifkan Bluetooth di smartphone anda dan connect sahaja. Kualiti bunyinya memang padu. Terasa macam tengah dalam konsert plak!!

DAN BANYAK LAGI PAKEJ…

Sekiranya anda bukan seorang pelajar, jangan risau sebab banyak lagi pakej yang ditawarkan di dalam HUAWEI Together 2020 ini. Ada untuk mereka yang gemar bersukan, untuk kaki gamer, untuk mereka yang suka travel dan macam-macam lagilah. Harganya memang berbaloi iaitu bermula dari RM8.97 je SEHARI. Korang pilih je mana satu yang sesuai dengan citarasa anda.

Huawei Together 2020

Huawei Together 2020

Jadi tunggu apa lagi? . Inilah masa terbaik untuk anda memujuk mak ayah anda untuk menghadiahkan HUAWEI Together 2020 Student Package ini dengan berjanji akan belajar bersungguh-sungguh. Maklumat lanjut layari laman rasmi Huawei .

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...