September 26th, 2017

Pejam celik pejam celik sudah hampir 10 tahun Abang Nara berkecimpung di dalam dunia Internet. Memang pantas masa berlalu. Selain daripada blog macam BeautifulNara, kecanggihan teknologi dan kepantasan Internet juga menyebabkan laman web e-commerce (jual produk secara online) tumbuh macam cendawan lepas hujan. Cakap je apa nak. T shirt, tudung, susu anak, basikal, brooch, seluar jeans, makeup semuanya boleh dibeli secara online sekarang ini.

bucks.my

klik-klik je dah boleh beli. Lepas tue tunggu sehari dua barang sampai ke rumah. Memang mudah dan pantas sungguh online shopping ini

Ada juga kawan-kawan Abang Nara yang cuba menceburi dunia perniagaan online ini. Namun kebanyakannya gagal separuh jalan. Ramai yang beranggapan senang nak jadi kaya dengan jual produk menerusi Internet, tapi tak ramai yang tahu cara yang betul. Memang tak perlu bayar sewa kedai, tak perlu bayar bil api air dan tak perlu gajikan ramai pekerja, akan tetapi perniagaan online ini bukanlah semudah yang disangka. Jadi hari ini Abang Nara nak kongsikan beberapa perkara asas untuk membolehkan korang jadi kaya raya menerusi perniagaan atas talian ini.

1. Produk kena tepat dan unik

bucks.my

Salah satu kesilapan paling besar mereka yang menceburi dunia online ini ialah terikut-terikut dengan kejayaan orang lain. Contohnya member sekolah dapat jualan ratus ribu sebulan dengan menjual tudung, maka kita pun turut sama menjual tudung jugak. Namun tudung kita tak ada “something special”. Sama je dengan tudung yang dijual di Jalan TAR. Bila nak meniaga online, produk yang nak dijual mestilah tepat (bersesuaian dengan pasaran) dan juga unik. Mesti kena ada keistimewaan yang membolehkan orang berkata “Wow, specialnya tudung dia nie. Aku mesti beli satu”. Salah satu contoh baik ialah tudung DuckScarves yang sangat popular kerana rekaan KLCC pada kainnya. Walaupun agak mahal, pelanggan sanggup beratur panjang kerana terpesona dengan keunikan dan keistimewaan rekaannya.

2. Nama laman web (domain) kena mudah untuk diingati

bucks.my

Abang Nara paling tak suka bila pergi laman web meniaga online yang mempunyai nama bukan-bukan. Lagi stress yang jenis suka letak nama laman web (domain) dia panjang-panjang. Contoh macam “tudungshawlmurah.com”, “susubayiadadijualdisini.com” dan “semuanyadisini.com”. Domain adalah first impression kepada para pelanggan kita. Jadi ia kena pendek, unik dan mudah untuk diingati. Lagi bagus kalau dapat dikaitkan dengan jenama kita terus. Senang sikit orang nak ingat. Contoh yang baik ialah “naelofar.com”, “aidijuma.com” dan juga “fashionvalet.com”. Sebelum nak finalize domain anda, fikir dan brainstorm elok-elok terlebih dahulu. Tanya pendapat kawan-kawan dan keluarga terapat.

3. Tak ada modal untuk promosi

bucks.my

Kalau anda baru sahaja memulakan perniagaan online, janganlah terus berharap produk anda akan laku keras dalam sekelip mata. Kebiasaannya 3,4 bulan pertama nak dapatkan satu dua jualan pun susah. Anda kena bersiap sedia untuk keluarkan duit sendiri untuk melakukan promosi. War-warkan kepada seluruh rakyat Malaysia tentang kehebatan, keunikan dan keistimewaan produk anda. Jangan hanya duduk depan komputer main Facebook lepas tue bersungut “kenapa tak ada orang beli produk aku nie”.

4. Buat akaun media sosial

bucks.my

Selain daripada laman web, anda juga kena pastikan perniagaan online anda mempunyai akaun sosial media. Untuk pasaran Malaysia ini, cukuplah buat Facebook dan Instagram sahaja. Yang lain tak perlu. Paling penting, pastikan nama yang digunakan di FB dan Insta ini adalah sama dengan alamat domain dan jenama anda. Barulah orang boleh ‘relate’ dan senang nak ingat. Dan jangan lupa aktif di laman sosial ini. Contoh kalau anda jual tudung, bolehlah upload gambar anda di Instagram menggayakan tudung tersebut. Barulah boleh buatkan para pelanggan teruja dan ingin membeli produk anda.

5. Kena ada laman web yang lengkap

bucks.my

Zaman sekarang ini, ramai yang suka meniaga menerusi Facebook, Instagram dan Whatsapp sahaja. Lebih mudah dan pantas katanya. Namun Abang Nara tetap percaya laman web yang lengkap, cantik dan mudah dilayari adalah sangat penting. Semua info tentang produk termasuk harga, penghantaran, maklumat syarikat dan promosi kena ada di laman web ini. Paling penting, design kena sedap mata memandang. Jangan serabut. Perlu nampak profesional. Bila kita ada laman web yang “perfect”, maka kepercayaan pelanggan kepada kita akan semakin meningkat. Jadi mereka tidak akan ragu-ragu untuk membuat pembelian.

Bukan senang kan nak meniaga online? Ini baru 5 perkara asa yang korang kena ketahui. Banyak lagi sebenarnya yang kena dipelajari sekiranya mahu menceburi dunia perniagaan atas talian ini. Memang serabut kepala dibuatnya. Memang tak cukup masa nak buat semuanya. Sebab itulah Abang Nara teruja mengetahui tentang kehadiran Bucks.my yang menyediakan perkhidmatan “All-in-One Online Business Solution” untuk mereka yang mahu memulakan e-commerce.

bucks.my

Semua yang Abang Nara tulis di atas akan diselesaikan oleh Bucks.my sekiranya anda menggunakan perkhidmatan mereka. Daripada nama domain untuk website, rekaan laman web yang profesional dan terkini, market dan product research, termasuklah pengiklanan dan pemasaran, semuanya akan diuruskan oleh Bucks.my. Training dan support pun turut sama disediakan. Korang hanya perlu goyang kaki sahaja. No need to do anything.

bucks.my

bucks.my

bucks.my

Korang boleh tengok senarai penuh apa yang bakal anda perolehi dengan menggunakan perkhidmatan Bucks.my ini di https://www.bucks.my/features. Jangan risau bayaran yang dikenakan tidaklah mahal. Ia amat berbaloi-baloi dengan penjimatan masa, tenaga dan tahap kerja Bucks.my yang amat berkualiti. Bak kata orang, benda-benda sebegini serahkan kepada yang pakar. Dan sememangnya Buck.my adalah pakar dalam menyediakan anda untuk terjun ke dunia perniagaan online. Paling Abang Nara suka tentang Bucks.my ialah kita hany a perlu bayar sekali seumur hidup untuk mendapatkan kepakaran mereka. Tak ada bayaran bulanan, tak ada bayaran keahlian. One time payment sahaja.

bucks.my

Bercakap sebagai seorang yang sangat tahu tentang dunia Internet ini, cas yang dikenakan oleh Bucks.my untuk perkhidmatan yang disediakan adalah amat berbaloi-baloi. Serius cakap kalau korang ada duit, ambillah salah satu pakej yang ditawarkan. Banyak masa dan tenaga yang bakal anda jimatkan. Kalau anda nak buat sendiri satu persatu perkara di atas, memang boleh makan masa 5-6 bulan. Lebih baik keluarkan modal sedikit untuk dapatkan yang terbaik.

Selamat berniaga online. Maklumat lanjut layari www.bucks.my.


Comments are closed.

Loading...