Teringin Nak Guna Barangan Apple? Jualan Gudang Tawarkan Harga Apple Dengan Murah Sekarang

Teknologi

Teringin Nak Guna Barangan Apple? Jualan Gudang Tawarkan Harga Apple Dengan Murah Sekarang

Bagi anda yang teringin sangat nak pakai barangan Apple tetapi tak mampu kerana harganya terlalu mahal, inilah masanya untuk anda.

Machines selaku pengedar rasmi Apple Malaysia sekali lagi bakal melakukan jualan gudang bagi sebilangan besar produk keluaran Apple.

Advertisement

Jualan gudang daripada Machines ini bakal dilangsungkan di Jaya One, Petaling Jaya bermula jam 10 pagi sehingga 6 petang bermula 28 sehingga 30 Jun Ini.

Bagi ahli Machines+, anda berpeluang mendapatkan pilihan barangan lebih sehari lebih awal pada 27 Jun.

Apakah produk Apple yang jadi perhatian?

Apple iPad Pro 10.5” WiFi 64GB yang ditawarkan dengan penjimatan sebanyak RM1,050 serta Apple iPhone 8 Plus 64GB yang dijual pada harga RM2,309 sahaja.


Selain itu, Apple iPhone, Macbook dan iMac serta beberapa aksesori lain ditawarkan dengan harga diskaun sementara stok masih ada.

Jadi kepada anda yang berminat itu, datanglah lebih awal, kerana takut stok yang anda inginkan sudah tiada. Maklumlah barangan yang sedang dalam promosi ini selalunya menjadi rebutan orang ramai.

Untuk maklumat lanjut mengenai senarai barangan Apple yang ditawarkan, anda boleh klik disini.

Sumber: machines

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...