Teringin Naik Kereta Api Versi Kapal Terbang? Jom Cuba Perkhidmatan ETS2 Kelas Perniagaan Ini

Travel

Teringin Naik Kereta Api Versi Kapal Terbang? Jom Cuba Perkhidmatan ETS2 Kelas Perniagaan Ini

Siapa sahaja yang tidak pernah menaiki kereta api di bandar raya Kuala Lumpur ini?

Kepada anda yang teringin menaiki kereta api versi kapal terbang dengan perjalanan yang lebih jauh dan lebih selasa, apa kata anda mencuba Perkhidmatan Tren Elektrik 2 (ETS2) kelas perniagaan.

ETS2 diperkenalkan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)telah membuka laluan kelas perniagaan bagi perjalanan dari KL Sentral – Padang Besar – KL Sentral bermula daripada 11 Oktober hingga 31 Oktober 2019.

Dengan ruangan yang lebih selesa, besar dan luas, koc ini juga sangatlah best sebab hampir setara dengan kapal terbang yang  terbang tinggi di awan.

Advertisement

seat yang luas

ETS2 bergerak dengan kelajuan yang lebih pantas. Ditemani dengan krew-krew tren yang manis, segak, peramah memberikan satu pengalaman yang indah.

Mereka adalah pramugara dan pramugari di dalam ETS2 yang akan mengedarkan makanan dan minuman kepada para penumpang, dan menariknya kesemua mereka sebenarnya mendapat latihan daripada syarikat penerbangan Malaysia Airlines Berhad sendiri.
Krew ETS2

Antara fasiliti di koc kelas perniagaan adalah perkhidmatan wifi, tempat duduk seorang yang luas, perkhidmatan pramugara dan pramugari, kit perjalanan, in-train entertainment, Audio Video-On-Demand (AVoD) serta port USB.
Perkhidmatan dalam tren ETS2

KTMB turut mengumumkan harga tiket promosi RM50 untuk dewasa bagi perjalanan sehala antara KL Sentral dan Ipoh, Perak.
Manakala promosi bagi tiket perjalanan KL Sentral-Padang Besar, Perlis kini berharga RM112 dan ia sah bagi perjalanan di antara 11 Oktober sehingga 30 Nov 2019.
Harga tiket promosi

Sementara warga emas, pesara kerajaan dan isteri, orang kelainan upaya (OKU), kanak-kanak berusia empat hingga 12 tahun pula layak menerima diskaun konsesi, manakala kanak-kanak berumur satu hingga tiga tahun (tanpa tempat duduk) tidak dikenakan sebarang bayaran.
Perkhidmatan ETS2

Boleh tengok Tv

Tiket ETS2 sudah mula dijual pada 12 September lalu dan anda boleh mendapatkan tiket kelas perniagaan di sini.

Jadi, cuti sekolah yang akan datang ini bolehlah ibu bapa bawa anak-anak merasai pengalaman menaiki ETS2 sambil menikmati pemandangan indah dalam perjalanan ke tempat yang ingin dituju.

 

Sumber: Bernama

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...