Teringin Ke Pulau Belitung, Tapi Tak Tahu Macam Mana? Baca Perkongsian Ini

Hiburan

Teringin Ke Pulau Belitung, Tapi Tak Tahu Macam Mana? Baca Perkongsian Ini

Ada yang pertama kali mendengar tentang Pulau Belitung ke? Kat mana tu? Jika anda pernah menonton filem box office di seluruh dunia pada suatu masa dulu yang bertajuk ‘Laskar Pelangi’, pasti tahu tentang kewujudan Pulau Belitung ini.

filem Laskar Pelangi

Advertisement

pasti mengetahui filem Laskar Pelangi

Apa istimewanya Pulau Belitung ini?

Pulau Belitung merupakan sebuah pulau yang terletak di pantai timur Sumatera, Indonesia. Menariknya, di Pulau Belitung itu sendiri, terdapat ratusan pulau-pulau kecil yang kita boleh lihat dari dalam pesawat.

Pulau Belitung dari atas pesawat

Tahukah anda Pulau Belitung merupakan salah satu nama “Siput Laut”. Pulau ini juga menyerupai kepala manusia dimana terdapat sebuah lagenda yang mengatakan pulau ini adalah bahagian utara Pulau Bali yang terputus dan hanyut.

Di Pulau Belitung, terdapat pelbagai aktiviti yang boleh disertai oleh anda semua dari island hopping dan snorkeling, malahan anda juga boleh menghayati semangat kehidupan ‘Laskar Pelangi’ di daerah Belitung Timur.

Kepada anda yang pernah menonton filem Laskar Pelangi pasti tahu pulau ini. Pulau ini sangat sinonim dengan cerita Laskar Pelangi yang pernah popular di Indonesia pada 2008.

Jika dilihat, kesemua lokasi penggambaran dan scene atau view filem tersebut memang sangat-sangat cantik, tenang dan damai sahaja.

lokaasi pengembaraan filem Laskar Pelangi
scene dalam filem Laskar Pelangi
Jom kami kongsikan kepada anda tempat-tempat yang menarik wajib dikunjungi di Pulau Belitung selama 3 hari 2 malam.

Hari Pertama:

Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Pulau Belitung mengambil masa selama 1 jam 45 minit. Untuk makluman, AirAsia beroperasi 4 hari dalam seminggu ke sana.

Namun bagi kami, jadual waktu penerbangan yang disediakan oleh AirAsia adalah terbaik untuk anda iaitu pada jam 11 pagi waktu Malaysia. Dimana, anda akan tiba di Pulau Belintung pada 11.45 pagi waktu Indonesia. Senanglah anda untuk berjalan-jalan selepas daftar masuk ke hotel kan?

Port Foto “Insta-Worthy” di Belintung

Zaman sekarang rata-rata dari kita memang suka mengambil gambar untuk dimasukkan ke dalam media sosial semasa bercuti. Jika anda ke Pulau Belitung pastinya anda akan melawat beberapa lokasi pengambaran Laskar Pelangi yang amat cantik dari faktor geografi yang dikelilingi lautan.

SD Muhammadiyah

Replika sekolah

Tempat wajib pergi jika anda ke Pulau Belitung. Di sini anda dapat melihat replika sekolah Laskar Pelangi iaitu SD Muhammadiyah. Lokasi utama penggambaran ini terletak di bahagian timur Pulau Belitung, di pekan Gantong.

suasana filem Laskar Pelangi

Instagram: iamhendraw

pemandangan kelas tersebut

Instagram: anasalamfaizli

kelas dalam filem tersebut

Dermaga Kirana

pemandangan Dermaga Kirana dari jauh

Instagram: ihsanhaqiqi

Dermaga bermaksud pelabuhan kecil atau jeti kecil yang menjadi tempat letak bot. Manakala Kirana adalah bersempana nama danau di Danau Kirana.

rumah rotan

Instagram: rikardo.doni

Dermaga Kirana juga dipanggil sebagai rumah rotan kerana seluruh reka bentuk hiasannya diperbuat daripada rotan asli. Spot pelancongan yang hipster dan baru betul-betul terletak berhadapan sekolah SD Muhammadiyah.

pemandangan yang cukup cantik

Instagram: rikardo.doni

Muzium Kata Andrea Hirata

Muzium Kata Andrea

Instagram: iamhendraw

Bagi peminat industri penulisan dan sastera, pasti kenal dengan penulis bernama Andrea Hirata. Beliau adalah seorang penulis untuk karya agung Laskar Pelangi.

Kata Andrea penulis untuk karya Laskar Pelangi

Instagram: raymond_solotraveller

Filem Laskar Pelangi adalah diinspirasikan daripada sebuah novel. Muzium Kata Andrea Hirata ini merupakan muzium puisi dan penulisan kesusasteraan pertama di Indonesia.

Filem ini diinspirasikan dalam sebuah novel

Instagram: ssluzf

watak dalam Filem Laskar Pelangi

Instagram: ssluzf

suasana dalam muzeum Kata Andrea yang cantik

Instagram: aaeggy

Pantai Tanjung Tinggi

pantai Tanjung Tinggi

Instagram: alam.desaku

Dalam babak filem Laskar Pelangi, kelihatan kanak-kanak sedang berlari-lari keriangan di celah-celah batu besar di tepi pantai. Jadi anda juga berpeluang untuk singgah ke lokasi pengambaran  filem di Pantai yang dipenuhi dengan batu-batu granit putih dan besar.

kanak-kanak berlari di pantai ini dalam filem Laskar Pelangi

Instagram: rio_is_here

Pantai Tanjung Pendam

tempat ambil gambar matahari terbenam

Instagram: sebastienbaudry

pantai tidak boleh mandi, kerana berlumpur

Instagram: goezda

Untuk menikmati suasana matahari terbenam, Inilah tempatnya iaitu Pantai Tanjung Pendam. Pantai ini bukan tempat mandi-manda, air lautnya pun surut sahaja. Ianya sangat sesuai untuk anda mengambil gambar bertemankan suasana yang tenang tanpa gangguan.

tenang tanpa gangguan

Instagram: amaguci

BONUS: Setelah penat berjalan seharian, apa kata anda singgah makan ke Makan Raja Seafood Belitung. Jika anda ke Pulau Belitung terdapat banyak restoran makanan laut jadi jangan lepaskan peluang untuk menikmati makan laut yang segar.

restoran makan laut untuk pengemar seafood

Hari Kedua:

Maldives of Indonesia (Tour Island)

Buat para pencinta laut dan pulau, Pulau Belitung dikelilingi oleh ratusan pulau-pulau kecil di sekitarnya. Apa yang lebih menarik, Belitung telah mendapat gelaran ‘Maldives of Indonesia’ kerana keindahan warna dan kejernihan air lautnya.

Pantai Tanjung Kelayang

Pantai Tanjung Kelayang bersempena nama burung

Instagram: amazing_belitung

Pantai Tanjung Kelayang adalah bersempena nama sejenis burung yang sering terlihat berterbangan di langit sekitar pantai, iaitu burung kelayang. Ianya terletak tidak jauh dari bandar Tanjung Pandan, iaitu sekitar 27km sahaja. Ia juga terkenal sebagai tempat ‘pelabuhan kecil’ untuk para pelancong menaiki bot untuk aktiviti island hopping di sekitar Pulau Belitung.

Pulau Batu Garuda

batu-batu berbentuk kepala burung garuda

Instagram: evylia22

Semasa aktiviti island hopping di Pulau Belitung anda akan singgah ke Pulau Batu Garuda yang tidaklah jauh dari Pantai Tanjung Kelayang. Pulau batu Garuda diberi nama tersebut kerana batu-batu di sana berbentuk seperti kepala burung garuda, burung kebanggaan Indonesia.

Pulau lengkuas

Terdapat rumah api tertua di Belitung

Pulau yang paling popular di Belitung adalah Pulau Lengkuas. Dimana anda akan melihat rumah api tertua di Belitung. Rumah api ini juga masih beroperasi dari tahun 1800-an sehingga sekarang.
rumah api masih beroperasi sehingga hari ini dari tahun 1800-an

Pulau Batu Belayar

Pulau Batu belayar pulau sangat kecil

Instagram: hazanabdullah

Pulau Batu Belayar adalah pulau yang sangat kecil. Pulau ini dikelilingi oleh beberapa batu granit yang tegak berdiri.

Pulau Batu Belayar dikelilingi batu granit

Pulau Batu Berlayar adalah sangat unik. Anda akan disajikan dengan pemandangan batu-batu granit berukuran besar yang berdiri menjulang ke atas. Batu-batu ini berdiri diatas pulau berpasir putih yang lembut dan dikelilingi air laut yang biru.

Batu-batu i ni berdiri diatas pasir putij

Pulau Kepayang

Selalunya ketika aktiviti island hoping anda pasti akan lapar kerana seharian snorkeling. Jadi, jangan risau, di Belitung terdapat satu spot khas untuk berhenti makan tengah hari iaitu di Pulau Kepayang. Di Pulau Kepayang bukan sahaja terdapat restoran, tetapi anda juga boleh mengunjungi resort dan pusat pemuliharaan penyu.

pusat pemeliharaan penyu di Pulau Kepayang

BONUS: Bagi food hunter pula, anda wajib cuba Mee Belitung dan air es jeruk kunci. Kedua-duanya adalah ikon hidangan di Belitung.

mee belitung dan ais kunci

 Apa yang menariknya, mi Belitung akan dihidangkan di atas daun simpor. Daun simpor adalah sejenis daun hijau yang lebar, dan hanya ada di Pulau Belitung sahaja.

Mee Belitung dihidangkan atas daun simpor

Manakala air es jeruk kunci ialah (Es = Ais, Jeruk = Limau) adalah ala-ala air limau ais. Tetapi di Pulau Belitung ini mereka meng gunakan limau khas yang popular di sini.  Jeruk kunci namanya.

Hari ketiga:

Selalunya sebelum pulang, pasti anda semua akan membeli ole-ole sebagai kenangan dari negara yang dikunjungi. Seperti kebiasanya jika anda ke Indonesia, ole-ole yang wajib anda beli kepada rakan-rakan dan ahli keluarga semestinya snek makanan tradisional.

beli makanan tradisional sebagai ole-ole

Jadi singgahlah dahulu ke Pondok Kelapa. Ia adalah sebuah kedai ole-ole yang dibahagikan kepada beberapa department. Ada bahagian kerepek, baju, topi dan macam- macam lagi! Pasti rambang mata untuk beli ole-ole.

Singgahlah ke Pondok Kelapa beli ole-ole

Jadi singgahlah ke Pondok Kelapa sebelum pulang ya!

Percutian 3 hari anda di Pulau Belitung pasti akan menjadi satu percutian yang berbaloi, lebih-lebih lagi apabila anda terbang bersama AirAsia.

AirAsia kini terbang ke Pulau Belitung 4 kali seminggu bermula 2 Oktober 2019 hingga 28 Mac 2020 dengan harga ahli Big iaitu RM79 sehala. Bayar dengan Bigpay untuk sifar yuran pemprosesan.

Tempoh Penempahan : 19 Ogos 2019- 25 Ogos 2019
Tempoh Penerbangan 2 Oktober 2019- 28 Mac 2020

Mungkin anda sudah jatuh cinta dengan Pulau Belitung. Maklumat lanjut layari www.airasia.com.

Percutian 3 hari anda di Pulau Belitung pasti akan menjadi satu percutian yang berbaloi-baloi, lebih-lebih lagi apabila anda terbang bersama AirAsia.



Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...