“Teringin Buah Import Harga Tak Masuk Akal..” Miera Liyana Kongsi Pengalaman Hamil Anak Pertama

Hiburan

“Teringin Buah Import Harga Tak Masuk Akal..” Miera Liyana Kongsi Pengalaman Hamil Anak Pertama

Pelakon Miera Liyana yang baru sahaja mengumumkan berita gembira di mana dia kini sedang sarat hamil tujuh bulan ada berkongsikan sedikit sebanyak pengalaman berbadan dua buat kali pertama ini.

Miera LiyanaSumber : Instagram Miera Liyana  

Menurut Miera, dia berasa sangat bersyukur kerana pengalaman pertamanya itu dipermudahkan kerana tidak mengalami sebarang alahan atau muntah-muntah.

Advertisement

Tambahnya lagi, suami iaitu ahli perniagaan Rosland Othman turut membantu dari segala segi terutamanya bab pemakanan.

Kata pelakon drama Aku Cinta Dia ini lagi, dia juga mengidam buah-buahan import dan sukar diperolehi.

View this post on Instagram

A post shared by MIERA LEYANA (@mieraleyana)

“Saya suka buah-buahan unik seperti Strawberi Jepun yang besar-besar, epal tenis dan buah-buahan import yang harganya tak masuk akal.”

Ketika disoal mengenai jantina bayi yang bakal lahir tidak lama lagi, Miera dan suami memilih untuk menantikan kejutan pada hari kelahiran kelak yang dijangka pada Mei nanti.

Dia juga berkata bahawa apa sahaja jantina bayi yang bakal lahir nanti, mereka sangat bersyukur kerana dikurniakan rezeki anak yang agak cepat.

View this post on Instagram

A post shared by MIERA LEYANA (@mieraleyana)

Manakala dari segi persediaan, Miera dan suami memilih untuk menyediakannya secara sederhana.

“Kami tak beli apa-apa barang lagi. Sekarang baru saja nak buat sikit demi sikit. Tapi kalau boleh kami tak mahu terlalu ghairah sehingga terbeli barang-barang yang tidak diperlukan.”

Terdahulu, Miera dan Rosland telah mendirikan rumah tangga pada Julai tahu lalu setelah berkenalan sejak tahun 2016.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...