Teringin Anak Sendiri, Achey Bocey Dan Isteri Bakal Jalani Rawatan In-Vitro Fertilization (IVF)

Hiburan

Teringin Anak Sendiri, Achey Bocey Dan Isteri Bakal Jalani Rawatan In-Vitro Fertilization (IVF)

Pelawak Achey Bocey meluahkan hasrat untuk memilik anak sendiri apabila memberitahu dia bakal menjalani rawatan kesuburan melalui kaedah proses ujian persenyawaan In Vitro (IVF) setelah berbincang dengan isterinya, Nor Hasanah Yahaya.

Dia yang sebelum ini telah mengambil seorang anak angkat yang kini berusia 2 tahun berkata bahawa hasrat tersebut masih lagi belum tertunai meskipun telah dirancang sejak penghujung tahun lalu.

Advertisement

Ini berikutan banyak komitmen kerja terpaksa ditunaikan dan dikhabarkan proses tersebut tidak boleh melibatkan perkara yang mengundang stress dalam diri pasangan yang ingin melakukan prosedur ini

View this post on Instagram

Dia mmg takut spesis ayah dia…? .. @tiarazinnirah_official .. ..

A post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung) on

“Awal bulan disember tahun lalu saya dan isteri memang ada rancang nak buat iVF. Cuma memikirkan mungkin banyak program komedi pada hujung tahun, perancangan itu agak susah kerana nak buat proses tersebut tak boleh stres. Sepatutnya bulan Jun lepas, tapi tuntutan kerja dan pandemik COVID-19 pula. Insyallah mungkin dalam tahun ni juga. Kalau boleh secepat mungkin. Orang rumah pun kalau boleh nak anak dari rahim sendiri juga..”

Dia yang ditemui media walau bagaimanapun tidak kisah sekiranya dikurniakan rezeki untuk memperoleh anak angkat lagi dan mungkin memilih anak lelaki jika diberikan peluang.

View this post on Instagram

Dah pagi nak oiii….buat2 la tido @tiarazinnirah_official

A post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung) on

Sekadar info, Achey telah mendirikan rumah tangga dengan isterinya kini, Nor Hasanah Yahaya pada tahun 2011 yang lalu dan kini bahagia bersama seorang anak angkat perempuan bernama Tiara Zinnirah.

Sumber : Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...