Selepas kecoh foto perkahwinan didakwa milik Sabronzo Dolla bersama DJ antarabangsa, Dash Berlin, tular di media sosial, kini timbul pula persoalan lain daripada warganet.
Menerusi perbincangan di Threads, ada pengguna yang mula tertanya-tanya sama ada Sabronzo akan mengikut jejak langkah bekas ahli Dolla, Syasya, yang mengambil keputusan untuk meninggalkan kumpulan tersebut selepas berkahwin.
Tulis seorang pengguna itu,
Meksab dah nikah. Macam mana kontrak dia dengan Dolla? Bayar jugak macam Syasya dulu ke?
Persoalan itu segera mengundang pelbagai reaksi. Ada yang berpendapat status perkahwinan tidak sepatutnya menjadi penghalang untuk Sabronzo terus aktif dalam bidang seni, manakala ada juga yang tertanya-tanya tentang kontraknya bersama Dolla.
Buat masa ini, tiada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak Sabronzo mahupun pengurusan Dolla berhubung spekulasi tersebut. Namun, isu ini sudah pun hangat diperdebatkan dalam kalangan peminat.