Siti Bainun Ahd Razali yang merupakan pengasas Rumah Bonda telah pun didapati bersalah mengabai dan menganiaya Bella, remaja sindrom down.
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun terhadap Bainun dan satu Malaysia bersyukur serta gembira apabila adik Bella akhirnya mendapat pembelaan sebegini.
Pasti ramai yang tertanya-tanya dan mahu lihat keadaan terkini Bella selepas melalui episod hitam dan trauma dalam hidupnya itu.
Tular rakaman video di TikTok mempamerkan Bella ketika dia menghadiri sebuah acara baru-baru ini dan ia ternyata mengundang rasa sebak ramai warganet.
Menerusi video itu, Bella dilihat begitu ceria malah tidak henti-henti tersenyum kepada orang lain dan ternyata itu membuktikan bahawa dia kini dalam keadaan yang baik.
Bella juga dilihat semakin sihat dan juga kemas dijaga rapi oleh pihak yang bertanggungjawab membuatkan ramai turut menumpang rasa gembira.
Ramai netizen memberikan respon dan komen masing-masing di mana rata-ratanya seronok apabila nampak Bella kini di tangan pihak yang baik.
Dalam pada itu, sesetengah netizen meluahkan rasa sebak apabila teringat keadaan Bella dulu ketika dia ditemui dalam keadaan yang teruk dengan badan dipenuhi luka dan parut.