Jika sebelum ini nama Putera Abdul Mateen yang menjadi bualan kerana mempunyai rupa paras yang sangat tampan hingga berjaya mencuri hati ramai wanita, kali ini seorang lagi cahaya mata Sultan Brunei mendapat perhatian.
Puteri Brunei yang ketika ini sudah semakin meningkat dewasa iaitu Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengeran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkian jadi bualan warganet kerana mempunyai wajah yang menawan.
Difahamkan, Puteri Brunei kini sedang belajar di Sekolah Antarabangsa Jerudong sejak tahun 2017 dan sebelum ini beliau terima pendidikan di Sekolah Antarabangsa Brunei.
Di laman TikTok, tular video memaparkan foto-foto Puteri Ameerah yang menghadirkan diri ke Charity Polo Day 2023 di The Royale Polo and Riding Jerudong, Brunei.
Dapat dilihat dalam foto-foto itu, beliau hanya berpakaian simple tetapi ramai warganet meninggalkan komen pujian terhadapnya hingga ada yang menyamakan wajah Puteri Ameerah sama seperti ibunya iaitu bekas wartawan TV3, Azrinaz Mazhar Hakim.