Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Terima Ugutan Bunuh, Rita Rudaini Mahu Aidil Zafuan Bertanggungjawab

Tahukah anda bahawa Rita Rudaini telah menerima ugutan bunuh menerusi salah satu komen yang dihantar ke akaun bekas suaminya, Aidil Zafuan? Rita Rudaini telah pun membuat laporan polis mengenai ugutan bunuh ini. Terbaru, Rita telah melantik peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Aidil kerana ugutan bunuh tersebut muncul selepas bekas suaminya itu memuatnaik gambar-gambar provokasi.
rita rudainiIni adalah ugutan bunuh yang dihantar kepada Rita.

rita rudaini

Advertisement

Seram kan? Tak ada kerja sungguh si pengugut ini. Kata Rita menerusi Harian Metro:-

Siasatan akan tetap diteruskan. Saya sudah melantik peguam untuk teruskan kes ini sebab ia kes serius! Semuanya bermula dari dia, jadi dia kena bertanggungjawab.

Yang penting laporan sudah dibuat dan nyawa saya kini diancam. Ugutan itu takkan terjadi kalau dia (Aidil) tak panaskan (hasut) pengikutnya.

Kes sebegini tak pernah terjadi selama saya jadi artis. Saya tak pernah ada musuh tapi bila dia yang mulakan segalanya di Instagram, dia tanggunglah sendiri.

aidil

Secara jujur, kesian juga kat Aidil. Lepas satu kes, timbul lagi satu kes. Tak boleh nak salahkan Aidil juga kerana dia tak ada kuasa untuk menghalang orang lain komen apa. Namun pasti ada jalan penyelesaian secara undang-undang untuk perkara ini. Biarlah mahkamah menentukan. Buat si pengugut, lain kali fikir dulu sebelum menulis. Tak pasal-pasal dah susahkan orang lain.
banner

P.S: [Hingga 60% diskaun]. #EDZians Day. 18 & 19 Oktober. Di butik EDZ Bandar Baru Bangi sahaja. 03-89123410. Offer best: http://www.edz.com.my/edzians-day

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top