Pengarah drama Aku Yang Kau Gelar Isteri, Suhaimi Lua mendedahkan bahawa dirinya ada menerima ugutan bunuh daripada seorang netizen di laman sosial miliknya.
Menurut Suhaimi, individu berkenaan telah mendesak dia agar menyatukan watak Raihani lakonan Nadia Brian dan Pian lakonan Atiq Azman dalam episod akhir yang ditayangkan pada malam Isnin lalu.
Jelas Suhaimi, dia menerima mesej sama berulang kali di media sosial berbaur marah dan mengakui terkejut apabila menerima mesej sebegitu.
View this post on Instagram
“Adik-adik yang nak tulis komen atau tweet berhati-hatilah jangan sampai datangkan bahaya pada diri anda. Walaupun guna akaun palsu, tapi mesej ugutan itu perkara serius. Pesan saya fikirlah dulu sebelum nak tulis sesuatu..mungkin niat nak bergurau tapi ayat bunuh tu bahaya kerana boleh ambil tindakan.”
Ketika ditanyakan mengenai tindakan selanjutnya usai menerima ugutan tersebut, pemilik produksi Tanah Beris Film Production ini berkata dia masih belum terfikir untuk mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan.
View this post on Instagram
Akui sedikit curiga dan bimbang apabila menerima ugutan bunuh, Suhaimi menjelaskan bahawa selagi tiada ancaman fizikal, baginya tidak perlu untuk mengambil sebarang tindakan.
“Cuma pesanan saya kepada penonton..peminat artis atau drama, janganlah terlalu taksub. Kita buat drama ini sekadar untuk hiburan, saya harap mereka hayati sebagai hiburan semata-mata.” ujar Suhaimi Lua mengakhiri bicara.