Membawa watak Hayati dalam telemovie sekuel 7 Hari Mencintaiku 2, Jasmin Hamid mengatakan dia telah menerima ugutan bunuh daripada penonton menerusi laman Instagram miliknya.
Advertisement
Dia yang ternyata terkejut dengan mesej yang diterimanya itu meminta penonton di luar sana untuk berfikiran secara bijak dan matang dalam membezakan antara lakonan dan realiti serta tidak sama sekali terbawa-bawa dengan emosi.
“Subhanallah, kalau marahkan Hayati sekalipun kononnya lakonan saya menjadi tak perlulah kecam bunuh di gambar yang tak berkenaan dengan drama. Itukan semuanya lakonan, jadilah bijak membezakan antara lakonan dan realiti serta tidak terbawa-bawa dengan emosi,”
Advertisement
Jasmin juga turut memesan kepada mereka di luar sana supaya menjaga akhlak dan lisan terutamanya pada mereka yang berhijab kerana ianya tidak manis dan boleh merosakkan imej mereka yang berhijab.
Ditemui mStar online, Jasmin ada berkongsi tangkap layar komen individu terbabit di instagram baru – baru ini telah meminta orang ramai supaya berhati-hati melontarkan pendapat di media sosial kerana mesej berbaur ugutan seperti itu merupakan satu jenayah dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.
“Takut kalau salah komen, sampai keluar kenyataan bunuh pada foto yang tak ada kaitan dengan drama boleh dibawa ke pihak berkuasa kerana ia boleh dikira sebagai ugutan,”
Drama 7 Hari Mencintaiku 2 yang diarahkan oleh pengarah Jamal Khan kini bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 7 malam di slot Akasia TV3.
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Anonymous
July 17, 2020 at 2:16 pm
Camtu ke ugutan bunuh? ? acik Yati faham tak makna ugutan?
Anonymous
July 17, 2020 at 2:15 pm
Camtu ke ugutan bunuh? ? acik Yati faham tak makna ugutan?