Terima Ugutan Bunuh, Jasmin Hamid Dapat Mesej Dari Peminat Yang Geram Dengan Watak Hayati

Hiburan

Terima Ugutan Bunuh, Jasmin Hamid Dapat Mesej Dari Peminat Yang Geram Dengan Watak Hayati

Membawa watak Hayati dalam telemovie sekuel 7 Hari Mencintaiku 2, Jasmin Hamid mengatakan dia telah menerima ugutan bunuh daripada penonton menerusi laman Instagram miliknya.

Advertisement

Dia yang ternyata terkejut dengan mesej yang diterimanya itu meminta penonton di luar sana untuk berfikiran secara bijak dan matang dalam membezakan antara lakonan dan realiti serta tidak sama sekali terbawa-bawa dengan emosi.

View this post on Instagram

SUBHANALLAH.. Kalau marahkan HAYATI sekalipun, kononnya lakonan saya menjadi, tak perlulah KECAM BUNUH kat pic yang TAK BERKENAAN dengan drama #7HariMencintaiku2 .. POSTING BUSINESS ORANG TU.. Ini sudah salahhhhh.. Boleh di ambil tindakan undang-undang sebagai UGUTAN!! Tak perlulah EMO sangat, sampai terlupa jaga LISAN dan AKHLAK.. Itukan semua LAKONAN.. Nanti kalau pelakon tak hayati watak, panggil PELAKON KAYU pulak.. . . Jadilah penonton yang BIJAK.. Yang pandai bezakan LAKONAN dan REALITY.. Bila dah berhijab tu, pastinya AKHLAK dan LISAN juga akan baik.. So janganlah rosakkan imej mereka yang berhijab …please! ??? . . Yang hebatnya, pemilik acc tersebut bukan followers saya pun.. ? Followers saya juga yang HEBAT.. BERAKHLAK dan POSITIVE ? Masyarakat patut ambil pengajaran dengan watak HAYATI ni.. Pastinya ramai yang berhati hitam macam HAYATI.. . . Syukur alhamdulillah.. Kan dah free-free je saya dapat PAHALA ??? Actually saya berlakon tak bagus manapun, bantuan orang keliling yang buatkan watak saya nampak macam bagus … Ni baru Ep 10..belum lagi sampai EP 33.. . . So uols Hati-hati bila nak KECAM ya.. Kecam WATAK, bukan PELAKONNYA.. Tak pasal je uols dapat DOSA sedangkan pelakonnya dapat gaji.. Takut kalau salah komen, sampai keluar statement BUNUH dan berbaur ANCAMAN pada pic yang tak ada kaitan dengan drama, boleh di bawa ke PIHAK BERKUASA kerana ia boleh di kira UGUTAN!! SO HATI -HATI.. ???? . . Hebat Bukan?

A post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh) on

“Subhanallah, kalau marahkan Hayati sekalipun kononnya lakonan saya menjadi tak perlulah kecam bunuh di gambar yang tak berkenaan dengan drama. Itukan semuanya lakonan, jadilah bijak membezakan antara lakonan dan realiti serta tidak terbawa-bawa dengan emosi,”

Jasmin juga turut memesan kepada mereka di luar sana supaya menjaga akhlak dan lisan terutamanya pada mereka yang berhijab kerana ianya tidak manis dan boleh merosakkan imej mereka yang berhijab.

View this post on Instagram

Dah nama pun HAYATI.. Mestilah kena Hayati watak, uols.. Terima kasih kepada uols yang support drama #7HariMencintaiku2 .. Ramai naw naw yang geram dan benci dengan HAYATI, sampai Hayati dapat macam-macam gelaran ?.. . . Kalau saya dapat buat uols geram dan benci , bermakna berjayalah saya sampaikan watak HAYATI .. Yang penting, bencilah HAYATI dan sayangilah JH.. ??? Kalau tersalah benci nanti, banyak uols sedekahkan pahala pada JH.. Saya dapat gaji, uols dapat Dosa ? Dah kata berlakon, kenalah berlakon betul-betul.. . . Saya percaya, uols kan penonton yang BIJAK.. Benci pada watak je, bukan pada pelakonnya.. Pada yang BUKAN SUPPORTERS JH, kalau nak benci sampai luar drama, HATI-HATI dengan LISAN sebab semuanya akan di HISAB.. Takut transfer pahala nanti.. ??? . . Uols mesti nak tau apa yang jadi pada HAYATI kannnnn? Tunggu sampai hujung Ep 33..? . . ? @tqahadei Hebat Bukan?

A post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh) on

 Ditemui mStar online, Jasmin ada berkongsi tangkap layar komen individu terbabit di instagram baru – baru ini telah meminta orang ramai supaya berhati-hati melontarkan pendapat di media sosial kerana mesej berbaur ugutan seperti itu merupakan satu jenayah dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

“Takut kalau salah komen, sampai keluar kenyataan bunuh pada foto yang tak ada kaitan dengan drama boleh dibawa ke pihak berkuasa kerana ia boleh dikira sebagai ugutan,”

Drama 7 Hari Mencintaiku 2 yang diarahkan oleh pengarah Jamal Khan kini bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 7 malam di slot Akasia TV3.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...