Gara-gara lakonan mesra bersama Adam Lee dalam drama Bidadari Salju, ternyata ianya telah membuatkan peminat tidak duduk diam kerana babak berpelukan mereka berdua dalam drama itu.
Sering memuat naik foto dirinya di Instagram, Jasmine turut memberitahu bahawa watak Jeannie akan pulang dari London menerusi satu entri terbaru di media sosial miliknya itu.
Meninjau ruangan komen, terdapat satu komen berbaur ugutan bunuh telah ditulis seseorang pada foto tersebut.
View this post on Instagram
Namun, jangan pula peminat di luar sana terperanjat kerana ianya hanyalah komen daripada Sweet Qisminat yang membawa watak Khayra dalam drama Bidadari Salju itu. Sekadar info, watak Khayra merupakan isteri kepada Haris yang dibawa oleh pelakon Adam Lee.
Sekadar berseloroh, Jasmine menjawab sebelum dirinya diserang oleh Kayra, sudah pasti peminat Sweet Qismina akan menyerangnya terlebih dahulu.
Nasiblah sekadar gurauan saja ya!