Penyanyi sensasi, Baby Shima memaklumkan dirinya telah menerima satu ugutan bunuh daripada seorang individu yang tidak dikenali.
Menerusi satu hantaran di Instagramnya, Shima memuat naik tangkap layar (screenshot) satu komen berbentuk ugutan yang diterima olehnya.
Menurut komen tersebut, individu berkenaan didakwa marah apabila Shima hadir di Sarawak.
Lagi you masuk Sarawak! Hati-hati, musuh you dah aim you. Jangan pulang melaya dengan mayat saja okay! Take care Baby Shima.
Susulan itu, penyanyi itu meminta bantuan daripada pihak polis untuk mengenal pasti individu tersebut.
Penyanyi itu menambah dia sudah ke balai polis untuk membuat laporan berhubung ugutan yang diterima itu.
Shima baru menerima satu ugutan bunuh dari orang Sarawak. Mohon kerjasama Polis Diraja Malaysia. Sekarang Shima tengah pergi ke balai polis.
View this post on Instagram