Terima Tekanan Pihak Tertentu, Ahmad Idham Mengaku Mohon Tamat Kontrak CEO FINAS

Hiburan

Terima Tekanan Pihak Tertentu, Ahmad Idham Mengaku Mohon Tamat Kontrak CEO FINAS

Kecoh sebelum ini apabila Ahmad Idham menggesa kerajaan menapis kandungan Netflix. Selepas timbulnya pelbagai kontroversi serta ada beberapa pihak yang mempertikaikan kemampuannya untuk memajukan lagi industri seni tanah air, akhirnya  dia “angkat kaki” dan memohon agar kontrak perkhidmatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) ditamatkan lebih awal pada 10 Mac 2020.

ahmad idham finas

Advertisement

Ahmad Idham ketika dihubungi pihak media mengakui sudah menghantar surat penamatan kontrak lebih awal kepada pihak FINAS. Mendedahkan ada pihak yang mendesaknya untuk berhenti

ahmad idham finas

Betul, saya ada hantar surat mahu menamatkan kontrak lebih awal, tetapi keputusan itu diambil selepas menerima tekanan daripada pihak tertentu.

Menurut sumber,  satu sidang media akan diadakan hari ini agar Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo meneliti semula secara terperinci mengenai keputusan Ahmad Idham itu yang disifatkan tidak adil kerana dikatakan akibat menerima tekanan pihak tertentu.

ahmad idham finas

Buat pertama kali dalam sejarah industri hiburan tempatan, hampir semua persatuan hiburan mahu ‘mendesak’ menteri mendengar suara mereka. Mereka mahu menteri mendengar suara industri, bukan daripada pihak ketiga yang pastinya mempunyai agenda tersendiri.

Malah dalam tempoh Ahmad Idham menggalas jawatan sebagai CEO, kebanyakan anak seni berpuas hati dengan gerak kerjanya yang mengambil kira setiap aspek termasuklah kebajikan artis dan industri hiburan tempatan.

Dakwaan mengatakan Ahmad Idham tidak melakukan sebarang perubahan langsung adalah satu alasan remeh tanpa bukti yang kukuh. Ia hanyalah provokasi pihak tertentu yang mahu Ahmad Idham dikeluarkan daripada FINAS.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...