Terima Tajaan RM13.5 Juta, Harris Alif Dan Intan Ladyana Dedah Bakal Berkahwin 6 Februari Ini

Hiburan

Terima Tajaan RM13.5 Juta, Harris Alif Dan Intan Ladyana Dedah Bakal Berkahwin 6 Februari Ini

Selepas berteka-teki mengenai khabar angin perkahwinan mereka yang kononnya bakal dilangsungkan tak lama lagi, Intan Ladyana dan Harris Alif telah pun tampil mengumumkan tarikh perkahwinan mereka.

Menerusi sidang media yang bersiaran secara langsung di laman YouTube sebentar tadi, pasangan emrpati dua sejoli itu mendedahkan bahawa mereka bakal mengikat tali perkahwinan pada 6 Februari depan.

Advertisement

Bukan itu sahaja, Intan berkongsi bahawa hari bahagia mereka nanti akan ditaja oleh Ceres Jewel iaitu dalam bentuk barangan kemas, majlis pernikahan dan respsi bernilai sebanyak RM13.5 juta.

Tambah Harris pula, persediaan untuk perkahwinan mereka sudah pun siap sebanyak 90 peratus dek mereka menyiapkannya dengan lebih awal.

intan ladyana dan harris alif

Untuk pengetahuan semua, Harris mendedahkan bahawa dia dan keluarganya datang merisik Intan Ladyana pada Julai tahun lalu, selepas sebulan ulang tahun kelahiran Intan.

Tahniah buat pasangan ini!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...