Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Terima Sumbangan RM1,000, Wani Comel Gembira Dapat Kirim Duit Kepada Ibu Di Kampung

Berkesempatan bertemu dengan pemimpin tempatan yang juga Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar, Wani Comel zahir rasa teruja.

Advertisement

Menurut Wani yang juga mempunyai masalah obesiti itu, beliau amat gembira apabila bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu sudi meluangkan masa untuk bertemu dengannya.

“Terima kasih Tan Sri Noh Omar sudi meluangkan masa bertemu Wani. Wani ucapkan banyak-banyak terima kasih @mynohomar. Tak sangka beliau sudi luangkan masa berjumpa saya untuk bertanya khabar dan memberi sumbangan. @mynohomar bukan pemimpin, tapi negarawan.”

Lebih menarik, kata Wani juga mendedahkan pihaknya sejumlah wang sumbangan daripada Noh.

Bahkan, beliau juga turut menyifatkan jumlah yang diterima itu cukup besar pemberian tersebut benar-benar bermakna kerana wang tersebut boleh dikirimkan kepada ibunya di kampung.

“Tak pernah saya menerima wang sejumlah RM1,000. Dapatlah saya kirimkan buat ibu di kampung. Itulah sebenarnya harapan saya untuk membantu keluarga. Insya-Allah saya yakin kesabaran dan dugaan yang saya lalui akan digantikan dengan kebahagiaan.”

Advertisement

Terdahulu, kecih di media sosial apabila Wani terpalit dengan kontroversi melibatkannya dengan seorang usahawan kosmetik.

Lebih perit, Wani juga turut mendakwa dirinya dianiaya apabila tidak menerima sebarang faedah dan bayaran seperti dalam perjanjian dengan usahawan tersebut.

Sumber: Gempak

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

6 Comments

  1. mia

    December 21, 2020 at 10:01 am

    maaf la aku tak kesian org mcm ni…mengharapkan bantuan org untuk bg ibu kau..ni lebih kepada takde rasa malu…lebih manis kalau kau usaha sendiri untuk bg kat ibu kau…

  2. farah adla

    December 21, 2020 at 9:15 am

    maknanye dia mmg harapkan bantuan duet untuk sara family dia. alamak, pegi kurus da kerja la dikkk….

  3. joyah sporty

    December 19, 2020 at 11:30 am

    berusaha & bekerja la sdr wanie..jgn harapkan bantuan org lain je.. klu jaga permakanan & buat la exercise grkkan badan skt2.. aku pun gemok, aku pn buat bariatric.. wlupn belum btl2 kurus, pantang kena ikt gak.. jarang org buat bariatric ni xmenampakkan hasil.. niat kurus utk buat ibadah Insyallah dpermudahkan.. dr ko menagih simpati sn sini..adik beradik mak ayah pn tkena kecaman netizen klu ko trus camni

  4. Lela Ali

    December 18, 2020 at 3:26 pm

    btl jgk..x kan nak hrpkan bantuan saja dari org baru dpt bantu ibu..jaga kshtn..nnt dah sihat akak doakan adik dpt krja dan bantu keluarga dgn hasil kja adik sendri

  5. Nur Sajat

    December 18, 2020 at 2:46 pm

    kesian memang kesian tapi sampai bila nak harap ehsan dari orang. diri sendiri xnak berusaha untuk majukan diri & keluaga. bila dah sihat nanti, cari lah kerja walaupun gaji sedikit sekurang-kurangnya dapat bantu diri sendiri & keluarga. jangan sentiasa berharap ihsan daripada orang lain.

Loading...
To Top