Terima Set Barang Kemas RM15,000 Sempena Anniversary, Azad Jasmin Mahu Anak Lelaki Daripada Eira Syazira

Hiburan

Terima Set Barang Kemas RM15,000 Sempena Anniversary, Azad Jasmin Mahu Anak Lelaki Daripada Eira Syazira

Pasangan bahagia, Azad Jasmin dan Eira Syazira baru-baru ini telah menyambut ulang tahun perkahwinan ke-9 yang diadakan di Dealova Place, Sunway Lexis, Kota Damansara pada Sabtu lalu.

Menurut Eira, dia tidak menyangka bahawa akan menerima kejutan yang sangat meriah daripada suaminya itu.

Advertisement

“Ini merupakan ulang tahun perkahwinan saya dengan Azad yang ke-9. Saya sebenarnya tak jangka akan ada kejutan yang sangat meriah seperti ini. Saya rasa terharu dan gembira sebab ini pertama kali Azad buat kejutan yang paling meriah macam ni,”

Tambah pelakon filem Ngangkung ini, Azad ada meminta untuk menambah bilangan ahli keluarga yang baru namun menurut Eira, dia masih berisiko untuk mengandung kerana ketiga-tiga anaknya sebelum ini dilahirkan secara pembedahan.

Mempunyai tiga anak, Azad memberitahu bahawa dia berimpian untuk memiliki seorang anak lelaki jika dikurniakan rezeki anak pada masa hadapan.

“Eira sebenarnya ada tiga anak dah cukup dah, tapi kalau boleh Azad mahukan ahli keluarga baru iaitu anak lelaki. Insyallah kalau ada rezeki Allah nak bagi kami zuriat lagi, saya tidak menolak,”

Dalam pada itu, Eira juga dilaporkan telah menerima set barang kemas bernilai RM15,000 daripada penaja Emas Rozita. Malah, pasangan ini turut bersanding buat kali kedua di atas pelamin.

Mengimbas kembali, Azad Jasmin dan Eira Syazira telah mendirikan rumah tangga pada 16 September 2011 dan telah dikurniakan tiga cahaya mata perempuan, Amarra Sofea Rose,7, Ameisya Leanna Rose,4, dan Areisya Suri Rose yang kini berusia 2 tahun.

Sumber: Media Hiburan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...