Rasanya ramai yang masih terkejut dengan berita perpisahan di antara Zarina Anjoulie dan bekas suaminya, Eilyas Azhar memandangkan pasangan ini sering memuat naik gambar bersama di media sosial.
Meskipun berpisah selepas 8 bulan berkahwin, Zarina atau Anju mengatakan bahawa mereka sama-sama memilih untuk berpisah dan merasakan keputusan untuk kahwin dibuat terlalu terburu-buru.
Meneruskan kehidupannya seperti biasa, namun ramai yang menebak bahawa bekas pasangan itu berkemungkinan sudah berbaik semula.
View this post on Instagram
Daripada entri terbaru Anju, dia memuat naik sekeping foto di mana dia dilihat memeluk sejambak bunga ros merah. Apa yang menarik perhatian peminat ialah apabila kapsyen pada hantaran itu disertai dengan abjad Z dan Y dikelilingi dengan emoji hati yang mungkin bermaksud ‘Zarina’ dan ‘Yas’.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut mendoakan agar Anju dan Yas supaya kembali bersama dan mendoakan kebahagiaan mereka.
Betul kah spekulasi peminat ini?