Konsert Kasih Kekasih 25 Tahun kumpulan nasyid Inteam yang mendapat sambutan hangat membuatkan lokasi acara bertukar ke IdeaLive, Petaling Jaya.
Hal itu dimaklumkan anggota kumpulan Inteam, Mohd Syahril Abdul Khalid yang berkata penukaran lokasi itu bagi menampung lebih ramai penonton iaitu 5,000 orang pada satu masa.
Sokongan luar biasa ini adalah daripada peminat dan mereka juga turut mencadangkan agar menambah malam kedua atau memilih lokasi lebih besar.
Tambahnya, keputusan itu dibuat sebulat suara selepas jualan tiket konsert mereka sebelum ini habis dalam tempoh hanya dua jam.
Bagaimanapun, tarikh konsert terpaksa ditukar kepada 28 September atas faktor kekosongan tempat berkenaan namun peminat yang telah membeli tiket tidak perlu risau kerana mereka akan mendapat keistimewaan tempat duduk berdekatan pentas.
Mereka (peminat sudah beli tiket) akan dihubungi pihak urusetia bagi pengesahan tempat duduk dan pemakluman tarikh.
View this post on Instagram
Tiket untuk tarikh dan lokasi baru konsert itu akan mula dijual pada 14 Jun di platform Ticket Empire.
Dalam pada itu, Mohd Syahril juga berkata konsert kali ini lebih istimewa kerana akan menampilkan anak kepada bekas anggota Inteam, Allahyarham Suhaimi Saad dan beberapa artis jemputan lain yang madih dirahsiakan.