Terima RM1 Juta Daripada KBS, Cheah Liek Hou Akan Derma Sebahagian Jumlah Kepada Badan Kebajikan

Kehidupan

Terima RM1 Juta Daripada KBS, Cheah Liek Hou Akan Derma Sebahagian Jumlah Kepada Badan Kebajikan

Atlet Paralimpik badminton, Cheah Liek Hou yang berjaya menyumbang pingat emas dalam perseorangan lelaki baru-baru ini di Sukan Paralimpik Paris 2024 dilaporkan bakal menerima RM1 juta daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Liek Hou dikhabarkan bakal menerima ganjaran di bawah Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) dan atlet berusia 36 tahun itu turut berkata dia mahu mendermakan sebahagian daripada jumlah tersebut kepada pertubuhan kebajikan.

Advertisement

Perkara pertama yang saya ingin lakukan ialan mendermanya. Saya mahu memberi kembali kepada masyarakat.

cheah liek hou

Meski belum membuat pilihan badan kebajikan yang mahu disalurkan derma tersebut, Liek Hou berhasrat menyokong orang kelainan upaya, rumah orang tua dan rumah anak yatim.

Untuk rekod, ini bukanlah kali pertama Liek Hou berbuat sedemikian, sebelum ini dia pernah menderma wang RM1 juta diterimanya dan wang hadiah dari FWD Takaful untuk kebajikan.

Nama Liek Hou menjadi sebutan ramai selepas dia berjaya mempertahankan pingat emasnya pada kedua-dua temasya sukan itu iaitu di Tokyo, Jepun sebelum ini dan Paris pada tahun ini.

cheak liek hou emas paris 2024

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 month ago

“Saya Dah Janji Bawa Ibu Bapa Umrah Kalau Saya Menang” - Shah Firdaus Sahrom Mohon Maaf Tak Bawa Pulang Emas

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : NST

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...