Terima Ribuan Mesej Minta Bantuan, Zara Zya Fokus Sumbangan Susu Dan Lampin Pakai Buang

Hiburan

Terima Ribuan Mesej Minta Bantuan, Zara Zya Fokus Sumbangan Susu Dan Lampin Pakai Buang

Pelakon Zara Zya memaklumkan bahawa dia menerima ribuan mesej memohon bantuan akibat kesempitan hidup gara-gara terkesan dengan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali ini.

Zara Zya
3 years ago

Menangis Hiba, Zara Zya Kesal Dituduh Songlap Duit Bantuan Kebajikan

Advertisement

Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin walau bagaimanapun ingin memberi fokus lebih kepada pemberian susu formula dan juga kain lampin pakai buang.

Sehubungan dengan itu, Zara kemudiannya meminta pemohon bantuan untuk terus memberi maklumat peribadi secara lengkap bagi memudahkan proses pemberian sumbangan.

Saya minta sesiapa yang DM minta bantuan agar memberi maklumat yang lengkap dan terus sahaja. Tak payah nak tanya boleh atau tidak nak minta bantuan. Terus mesej saya, nama, alamat, nombor telefon dan jenama pampers serta susu yang diperlukan. Buat masa sekarang, saya hanya fokus beri dua barangan keperluan itu sahaja.

Pelakon drama Zahira itu sebelum ini pernah meluahkan rasa kesal apabila dituduh menyeleweng wang sumbangan dan makan duit haram sedangkan niatnya hanya melakukan kebaikan menerusi kerja-kerja amal.

Dia dalam pada itu turut menyeru orang ramai untuk menghulurkan bantuan menerusi laman web yang dibuat khas untuk tujuan tersebut iaitu Malaysia Prihatin.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...