Terima Rasuah Lebih RM3 Juta, 5 Pegawai ATM Ditangkap Dalang Sindiket Penyeludupan Barang Terlarang

Berita

Terima Rasuah Lebih RM3 Juta, 5 Pegawai ATM Ditangkap Dalang Sindiket Penyeludupan Barang Terlarang

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya melumpuhkan satu sindiket penyeludupan yang didalangi pegawai kanan Angakatan Tentera Malaysia beroperasi di selatan tanah air.

5 pegawai ATM disyaki terlibat

Melalui operasi Ops Sohor yang dijalankan oleh Bahagian Perisikan, Ibu Pejabat SPRM dengan bantuan pasukan Anti-Corruption Tactical Squad (ACTS) itu, 10 individu telah ditahan di Lembah Klang sejak operasi dilancarkan pada jam 6.30 pagi, Rabu.

Advertisement

Mereka terdiri daripada lima pegawai kanan tentera dan lima orang awam termasuk seorang warga Indonesia di mana kesemuaya berusia antara 30 hingga 55 tahun.

Kata sumber, pegawai kanan tersebut adalah dari bahagian perisikan ATM termasuk dua bekas anggota ATM dari bahagian sama.

Mereka ditugaskan untuk memantau dan mengekang aktiviti penyeludupan, namun dipercayai bersekongkol dengan sindiket penyeludupan sejak lima tahun lalu dan disyaki mengumpulkan hasil rasuah berjumlah lebih RM3 juta.

sindiket penyeludupan didalangi pegawai kanan ATM

Sekongkol seludup barang terlarang, terima rasuah Rm50,000 setiap ‘trip’

Siasatan awal SPRM mendapati lima pegawai kanan yang merupakan suspek utama disyaki membocorkan maklumat operasi ketenteraan kepada penyeludup dan bersekongkol membawa masuk barangan larangan.

Antaranya adalah dadah, rokok serta barangan lain dari negara jiran ke Malaysia di mana kesemuanya dianggarkan bernilai kira-kira RM5 juta sebulan.

Suspek dipercayai menerima wang rasuah berjumlah kira-kira RM30,000 hingga RM50,000 bagi setiap trip penyeludupan yang dijalankan.

Tambah sumber, serbuan Ops Sohor dilakukan berpandukan maklumat hasil risikan selama kira-kira 12 bulan dan berkata, rangkaian penyeludupan membabitkan pegawai kanan tentera ini adalah besar dan rumit untuk dibongkarkan.

Sejumlah wang tunai bernilai lebih RM63,000, beberapa bungkusan dadah, alat penimbang dan penyukat, minuman keras, serta senjata tiruan turut ditemukan di premis serbuan dan kesemuanya disita.

sindiket penyeludupan didalangi pegawai kanan ATM

Seorang wanita Indonesia yang tidak memiliki dokumen perjalanan sah turut ditangkap semasa serbuan, dipercayai wanita simpanan kepada salah seorang pegawai kanan tentera yang menjadi suspek.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

bakar wang tunai RM1 juta cuak dengan SPRM
2025-07-19 16:16:05

Cuak SPRM Serbu Rumah, Suspek Rasuah Bakar Wang Tunai RM1 Juta Dalam Tandas Untuk Hapus Bukti

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...