Orang kata, customer is always right! Betul ke?
Nak dijadikan cerita, sebelum ini viral di media sosial mengenai pelanggan yang dikatakan memesan makanan melalui aplikasi Foodpanda dengan mengggunakan nama ‘Allah’ dalam arahan pembelian. Korang ingat lagi tak?
Dalam pesanan itu, pelanggan tersebut menggunakan ayat yang berbunyi lebih kurang, ‘Jangan tipu, Allah nampak’.
Jika difikir-fikir lah kan, mulanya memang nampak kelakar, tapi bila lama kelamaan, taktik ini telah ‘basi’ digunapakai oleh ramai pelanggan lain.
Isunya di sini, perkara sebegini telah membuatkan rider yang bekerja mencari rezeki ini sedikit sesal dan tidak selesa.
Situasi ini telah dikongsi oleh Azyz’s Ahmad apabila seorang pelanggannya menggunakan nama ‘Allah’ dalam arahan pembelian.
Lagi geram tu, boleh dikatakan setiap pesanan ada pesanan yang agak sebegitu. Amboi, dah macam kuli ya kena arah-arah.
Secara ringkasnya, luahan isi hati pemuda ini bertujuan untuk ‘menegur’ segelintir customer yang menggunakan nama Tuhan sesuka hati ketika sedang membuat pesanan.
Katanya lagi, mereka yang bekerja sebagai rider ini hanya menghantar pesanan sahaja. Lagipun, prosedur keluaran produk makanan syarikat terkemuka atau francais tersebut telah ditetapkan sukatan.
“Memang bagi ikut sukatan, bukan kedekut tapi memang prosedur dia macam tu. Nak cheese lebih? Add on lah cheese tu..”
Macam-macam ragam customer ni kan. Apa pun, nak pesan makanan tu biarlah berpada arahannya. Janganlah terlalu demand sampai menyusahkan banyak pihak ya.
Semoga dapat jadi pengajaran buat semua. Sentiasalah beringat.