Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Terima Pelbagai Ugutan, Hanez Suraya Pasang “Bodyguard”

Satu langkah yang bijak dan sangat wajar telah pun diambil oleh Hanez Suraya. Seperti yang kita sedia maklum, susulan kontroversi dirinya dengan suami orang, Hanez Suraya telah menerima pelbagai ugutan yang mengancam keselamatan dirinya. Kalau Abang Nara jadi Hanez, sedikit sebanyak akan takut dan rasa cuak juga. Kita bukannya tahu sejauh mana orang lain sanggup melakukan sesuatu terhadap diri kita.

hanez suraya

Advertisement

Kata Hanez menerusi Mstar Online:-

Saya tidak mahu punyai pengawal peribadi tetapi keluarga yang memaksa saya untuk menggunakan khidmat pengawal peribadi kerana mereka takut dengan keselamatan saya di luar. Lebih-lebih lagi selepas menerima pelbagai ugutan daripada individu-individu yang tidak dikenali di laman sosial.

Saya tidak gemar pengawal peribadi bersama saya. Jadi, hanya di tempat-tempat tertentu sahaja saya akan gunakan khidmat mereka iaitu ketika ahli keluarga atau teman tidak bersama

hanez suraya

Sekiranya anda membaca komen-komen di Instagram Hanez Suraya, memang tertera ratusan komen daripada manusia tidak dikenali yang mengancam dan mengugut untuk melakukan sesuatu kepada pelakon ini. Sekurang-kurangnya dengan ada “bodyguard”, makin sukarlah untuk perkara yang tidak diingin berlaku. Rasa selamat sedikit apabila keluar berjalan-jalan. Memang agak leceh dan rasa tidak selesa, namun demi keselamatan, apa salahnya kan?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top