Penyanyi kumpulan K-Clique, Noki yang baru sahaja merangkul Anugerah Juara Lagu Ke-35 (AJL35) baru-baru ini menerusi lagu Gila nyanyian bersama Kaka dan Loca B mendedahkan bahawa dia ada menerima komen berbaur lucah daripada pengikut wanita yang berusia di Instagram miliknya.
Meskipun menerima pesanan tidak senonoh, Noki atau nama sebenarnya Ahmad Ikhwan Aji,27, enggan mengambil serius mengenai perkara tersebut dan menganggap ianya sebagai gurauan dan usikan peminat semata-mata.
View this post on Instagram
Ujarnya lagi, usai saja kemenangannya di AJL35, dia merasai perbezaan di mana semakin bertambah peminat yang sebelum ini hanya terdiri daripada orang muda tapi kini orang berusia juga sudah mengenali dirinya.
“Sampaikan ada satu kejadian lucu apabila seorang wanita yang lebih berusia dari saya menulis komen berbaur lucah pada salah satu foto yang saya muat naik di akaun Instagram. Saya hanya ketawa baca komen itu dan anggap gurauan semata-mata..rasa lucu sebab tak sangka boleh sampai ke tahap itu.”
Sementara itu, Noki memberitahu kemenangannya dalam anugerah berprestij itu tidak memberi ‘lesen’ buat dirinya untuk mendabik dada sebaliknya perlu bekerja lebih keras selepas ini.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Dia juga berkata ada berjumpa dengan bekas juara AJL dan mengambil sedikit nasihat tentang apa yang perlu dilakukan pada masa hadapan dan bertegas bahawa kemenangannya itu sama sekali tidak akan mengubah sikap dan karakter dirinya.