September 4th, 2015

Selepas beberapa tahun diganggu dengan mesej lucah menerusi laman sosial Facebook oleh jejaka yang beliau tidak kenali, penerbit A.Aida  mengambil keputusan untuk mengupah “bodyguard” demi keselamatannya.

Walaubagaimanapun, buat masa ini beliau masih belum melaporkan hal tersebut kepada pihak polis kerana belum menghadapi sebarang perkara serius.

Sudah beberapa tahun juga saya terima mesej gangguan seksual seperti gambar yang tidak sepatutnya menerusi ruangan mesej di laman sosial Facebook.

Ada suatu masa individu itu menghantar gambar dan mesej hampir setiap hari. Saya bimbang juga, namun setakat ini saya belum buat sebarang laporan polis kerana belum benar-benar mengancam keselamatan saya.

Sekurang-kurangnya bila ada pengawal peribadi saya tidak risau tentang keselamatan selain dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Susah juga kalau wanita yang berduit dan masih kekal cantik meskipun sudah berusia ini pasti ramai yang ingin menghimpit selain memuaskan nafsu mereka. Malang tidak berbau, ia satu langkah bijak untuk A.Aida upah “bodyguard” demi menjamin keselamatan beliau.

Sumber Berita: mStar Online


Comments are closed.

Loading...