Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Terima Lima Lagi Laporan, Polis Dedah Ayat Manis Jadi Umpan Pendakwah Muda

Dipercayai menggunakan kata-kata manis bagi menjerat semua mangsanya, pendakwah selebriti yang kini dalam tahanan reman khabarnya telah didakwa kira-kira lima lagi laporan berkenaan jenayah seksual.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin, pihaknya langsung tidak menolak kemungkinan mangsa mudah tertarik dengan cara pendakwah terbabit meyakinkan mereka.

Advertisement

“Kebanyakan mangsa masih muda, usia sekitar 21 hingga 25 tahun, mangsa mungkin tertarik dengan pendakwah itu kerana cara dia mendekati mangsa dalam usia sebegini. Apabila dia menggambarkan diri dia sebagai pendakwah yang boleh menenangkan dan meyakinkan mangsa terutamanya bercakap lebih menjurus kepada keagamaan, ini menjadi tarikan kepada mangsa.”

Katanya lagi, cara pendakwah itu bertutur menjadi salah satu faktor bagaimana mangsa senang diperdaya.

“Tarikan dari segi rupa paras itu bergantung pada yang melihat, ada nampak dia tampan, ada sebaliknya tetapi cara dia bercakap yang dapat menarik mangsa.”

Disoal adakah pendakwah berkenaan memggunakan ilmu pengasih, pihaknya tampil memaklumkan bahawa setakat ini tiada maklumat diterimanya.

Advertisement

“Ilmu pengasih saya tidak tahu, tapi kadang-kala lelaki warga asing kulit hitam pun boleh dapat gadis yang muda cantik juga. Ini bermakna cara bercakap, mendengar masalah, itu yang menjadi kelemahan wanita apabila mendapat nasihat dan tunjuk ajar. Itu adalah satu faktor yang penyebab mereka terjerat dengan pendakwah itu.”

Menurut laporan BH Online, berkemungkinan ada pertambahan laporan polis berhubung kes terbabit.

“Siasatan masih berjalan, setakat ini dua daerah terima laporan polis berhubung tindak laku pendakwah terbabit. Polis akan menjalankan siasatan mengikut peruntukan undang-undang. Jumlah laporan terkini kira-kira empat hingga lima, jadi kita menyeru pada mangsa-mangsa agar tampil ke hadapan sekiranya mereka mangsa kepada pendakwah ini.”

Bagaimanapun, Noor Azam juga menegaskan semua laporan akan disiasat dan dikumpulkan dari pelbagai sudut, termasuk bagaimana perkenalan mereka juga medium apa yang digunakan.

Advertisement

“Kalau siasatan lengkap, kita akan ambil tindakan. Kita akan kemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya dengan fakta-fakta dan bukti, sama ada boleh dakwa atau tidak, keputusan itu terpulang kepada pihak pendakwaan.”

Dalam pada itu, beliau juga tidak ketinggalan mendedahkan sebab mengapa kebanyakan mangsa mengambil masa lama untuk membuat laporan polis susulan kes terbabit.

“Kadang-kadang mangsa malu, kita tidak boleh salahkan mangsa sebab ini membabitkan maruah tetapi apabila seorang keluar, mesti dua tiga orang mangsa akan keluar lagi. Jadi saya menyeru, yang pernah jadi mangsa datanglah ke balai dan buat laporan polis, kita akan ambil tindakan, tidak perlu takut.”

Sumber: BH Online

Advertisement
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. anonymous

    December 4, 2020 at 10:20 pm

    kesian pulak aku nengokkan si budak ni …betul ke semua tuduhan tu,kalau tak betul,malang sungguh

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top