Terima Lebih 100 Pasangan Nikah Dalam Masa Sehari, Pejabat Agama Daerah Klang ‘Jammed’ Susulan PKPB

Trending

Terima Lebih 100 Pasangan Nikah Dalam Masa Sehari, Pejabat Agama Daerah Klang ‘Jammed’ Susulan PKPB

Pejabat Agama Klang kini dikatakan dipenuhi pasangan yang ingin menikah sebelum PKPB dilaksanakan tengah malam semalam.

Menerusi perkongsian Sheikh Ameer, kawasan itu dipenuhi ramai sejak dari pagi hingga ke tengah malam. 

Advertisement

Lebih mengejutkan, seorang individu tampil memaklumkan bahawa pejabat agama berkenaan menerima kunjungan pengantin sehingga 118 pasangan dalam masa sehari, sekali gus menjadikan ia rekod terbanyak dalam sejarah.

Menurut jurufoto tersebut, Pejabat Agama Daerah Klang mengarahkan pasangan yang sudah daftar nikah pada bulan Oktober melangsungkan pernikahan sebelum PKPB bermula hari ini.

Namun demikian, kesemua dilihat tetap mengikut SOP yang dikeluarkan oleh kerajaan iaitu hanya membenarkan seramai 5 orang sahaja dalam satu masa.

Terdahulu, kerajaan memutuskan bahawa mulai 9 Oktober 2020, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah dilaksanakan di Mukim Klang. 

Rentetan itu, segala bentuk aktiviti perlu dihadkan bagi mengawal wabak Covid-19 dari terus menular di kawasan tersebut berikutan beberapa kes kini difahamkan makin meningkat di daerah tersebut.

Sumber: Oh Bulan!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...