Terima Laporan Cabul & Seks Luar Tabii, Tahanan Reman Pendakwah Muda Dilanjutkan

Hiburan

Terima Laporan Cabul & Seks Luar Tabii, Tahanan Reman Pendakwah Muda Dilanjutkan

Menerima lapan laporan didakwa melakukan jenayah seksual, kini seorang pendakwah muda difahamkan ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

Advertisement

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat, dua daripada laporan polis yang diterima itu diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

“Empat laporan diterima di Shah Alam, sementara dua lagi di Petaling Jaya, manakala dua yang diklasifikasikan sebagai NFA ialah masing-masing satu di Shah Alam dan Subang Jaya”

Sementara itu, Ketua Polis Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal mengesahkan menerima dua laporan berkaitan suspek.

“Laporan membabitkan kes rogol dan cabul serta seks luar tabii.”

Susulan itu, pihaknya akan membuat permohonan reman terhadap suspek bagi membantu siasatan berkaitan dua laporan polis berkenaan.

Untuk rekod, pendakwah itu ditahan pada 26 November lalu berikutan laporan polis yang dibuat di IPD Shah Alam. Malah, beliau juga dikenakan tahanan reman selama lima hari bermula 27 Nov lalu bagi membantu siasatan.

Namun begitu, perintah reman itu turut dilanjutkan lima hari lagi bermula 2 Dis hingga semalam selepas seorang lagi mangsa tampil membuat laporan polis di IPD berkenaan.

Sumber: Bernama

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...