Pelakon, Anna Jobling, mendedahkan jadual kerjanya yang padat menjadi sebab dia belum menyertai mana-mana kelas lakonan buat masa ini.
Sebaliknya, Anna banyak memperbaiki mutu lakonannya dengan bergantung kepada pandangan pengarah dan rakan pelakon di set.
Katanya kepada Gempak,
Saya memang bercadang nak masuk kelas lakonan, tapi untuk sekarang susah nak beri komitmen kerana jadual padat. Insya-Allah, selepas habis penggambaran, saya akan cuba kembali. Dalam lakonan pula, saya banyak bergantung kepada pengarah. Kalau pengarah okay, saya akan yakin. Kadang-kadang mungkin penonton tak nampak, tapi di set penyampaian itu sampai.
Anna juga menegaskan dia menerima semua kritikan dengan hati terbuka dan menjadikannya sebagai panduan untuk memperbaiki diri. Ujarnya,
Saya tak sempurna, masih banyak benda nak belajar. Tapi saya ambil kritikan secara positif.
Anna memulakan kerjaya lakonannya sekitar 2020 selepas menyertai Dewi Remaja 2018/2019, namun namanya mula melonjak selepas memegang watak utama dalam drama ‘Melur Untuk Firdaus’ pada 2022.