September 23rd, 2013

Wow. Untungnya menjadi manusia yang bernama Haliza Misbun ini. Mana taknya, kekasih hati menghadiahkan kondo bernilai RM2 juta. Bukan calang-calang orang kekasih Haliza ini. Mesti kaya tak ingat punya. Untunglah Haliza Misbun. Kasih sayang dapat, kondo pun dapat. Memang bertuah sungguh.

haliza misbun

Menerusi BiPop semalam, hadiah kondo bernilai RM2 juta ini diterima oleh Haliza sempena hari jadinya yang ke 40 pada 14 Mei lalu. Membaca kata-kata yang dikeluarkan oleh Haliza Misbun, memang nampak dia sedang mabuk cinta. Kata Haliza:-

I really honestly love this man so much. Dia memberikan cinta yang tulus dan suci yang tak ternilai harganya jika dibandingkan dengan harta benda dan wang. Dia orang yang paling rapat dengan Liza sejak dua tahun kebelakangan ini. Orangnya lebih dewasa daripada Liza. Kebijaksanaan dan kematangannya itu sangat istimewa di mata Liza.

Dia orang Melayu dan ahli perniagaan. Dia suka bermain golf. Liza serahkan soal jodoh kepada Allah. Jika Allah temukan jodoh, Insya Allah Liza ingin berkahwin. Kepada semua yang sering bertanya bilakah Liza akan berumah tangga, Liza ucapkan terima kasih kerana mengambil berat.

Liza melihatnya sebagai suatu doa. Bagi Liza sendiri, apa jua ketentuan Allah, Liza terima dengan hati yang terbuka dan redha kerana yang penting kita bahagia, sama ada masih solo atau sudah berumah tangga.

halizaRomantik jugak kan si Haliza Misbun ini? Sebelum ini Haliza pernah beranggapan bahawa perkahwinan itu membosankan. Itulah Abang Nara cakap, kalau dah bertemu cinta, mesti rasa nak kawin cepat-cepat. Belum jumpa bolehlah cakap macam tue. Hehe. Semoga bakal suami Haliza ini bujang atau kalau sudah berkahwin pun, meminta kebenaran dari keluarganya sebelum merisik dirinya. Buat Haliza, semoga berbahagia dan cepat-cepat berkahwin.


Comments are closed.

Loading...