Terima Kecaman Gara-Gara Kongsi Kriteria Lelaki Idaman, Nadia Brian Pilih Untuk Diam Diri – “Saya Bukan Insan Yang Sempurna..”

Hiburan

Terima Kecaman Gara-Gara Kongsi Kriteria Lelaki Idaman, Nadia Brian Pilih Untuk Diam Diri – “Saya Bukan Insan Yang Sempurna..”

Sebelum ini, kecoh di media sosial mengenai pelakon jelita iaitu Nadia Brian yang memuat naik satu hantaran mengenai ciri-ciri lelaki idamannya yang telah menarik perhatian ramai.

Walau bagaimanapun, hantaran tersebut mendapat kecaman daripada orang ramai kerana rata-rata mengatakan dia perlu mengubah dirinya terlebih dahulu sebelum mahu berjumpa dengan jejaka yang boleh memenuhi kriterianya itu.

Advertisement

nadia brian

Susulan itu, dia memilih untuk tidak memikirkan mengenai komen-komen yang diberikan kepadanya dan hanya menyerahkan segalanya kepada Allah.

Saya rasa tak mengapalah, malas nak ulas isu ini. Tidak mengapalah, di hari Arafah ini saya doa banyak-banyak pada Allah. Semoga saya dan mereka yang menyokong saya akan diberikan kesenangan dunia dan akhirat.

 

Saya bukan seorang insan yang sempurna, yelah tak bertudung semua tapi mana tahu suatu hari nanti.

nadia brian

Memetik laporan Gempak, Nadia juga menegaskan bahawa tiada siapa yang berhak untuk menilai doa seseorang, apatah lagi menidakkan peluang seseorang untuk berubah.

 

Tak salah untuk kita doa yang baik-baik untuk diri kita walaupun kita ni pembunuh. Kita takde hak untuk tentukan doa manusia tu layak atau tidak.

nadia brian
1 day ago

"Tak Ada Ke Lelaki Yang Solat, Single, Bercareer, Baik Soft Spoken Tinggi Than Me Kat Malaysia Ni?" - Nadia Brian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...