Penyanyi dan kini bergelar usahawan produk kosmetik, Syura Badron mendedahkan bahawa dia ada menerima tawaran daripada individu tidak dikenali yang menawarkan wang bernilai RM100,000 untuk dijadikan wanita simpanan oleh ‘sugar daddy’.
View this post on Instagram
Kata ibu tunggal kepada tiga orang anak itu, mesej tersebut diterimanya daripada ejen mencari wanita untuk lelaki bergelar ‘sugar daddy’ melalui kiriman mesej peribadi di Instagram, baru-baru ini.
Menurut Syura, dia diberi tawaran RM100,000 hanya untuk perkhidmatan melayan lelaki-lelaki ini selama beberapa jam tetapi dengan syarat ianya mesti dilakukan dalam bilik sahaja.
“Saya ditawarkan sekitar RM100,00 hanya untuk perkhidmatan melayan ‘sugar daddy’ selama beberapa jam yang syaratnya di dalam bilik sahaja. Memang mengejutkan, tapi terima kasihlah saya tak berminat langsung.”
Ujarnya lagi, dia memohon maaf kerana tidak berminat dengan perkara-perkara seperti itu tambahan ianya juga haram di sisi agama Islam.
View this post on Instagram
Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron berkata, dia berasa terkejut apabila menerima mesej-mesej seperti itu kerana beranggapan mereka ini sangat berani membuat tawaran seperti itu tanpa ada perasaan segan dan malu.
“Saya tidak memerlukan tawaran sebegitu untuk mencari rezeki bagi menyara anak dan keluarga. Banyak kesan buruknyam selain wang diperoleh itu memang sah haram di sisi agama..”
Dia yang kini dilihat semakin berseri dan cantik menyifatkan penampilannya yang semakin menawan itu merupakan kurniaan Allah yang harus dijaga sebaiknya.
View this post on Instagram
Kini semakin mencecah usia hampir 35 tahun, Syura dalam pada itu menafikan dakwaan sesetengah netizen yang mengatakan dia menjalani rawatan kosmetik untuk tampil jelita sebaliknya hanya menggunakan produk kosmetik keluarannya yang diberi nama Charmant Kosmetik.