“Terima Kasih Yang Mendoakan Kami” – ‘Upload’ Foto Berpegangan Tangan, Netizen Syak Isteri FIkry Ibrahim Fail Cerai Sebab Terlalu Emosi

Hiburan

“Terima Kasih Yang Mendoakan Kami” – ‘Upload’ Foto Berpegangan Tangan, Netizen Syak Isteri FIkry Ibrahim Fail Cerai Sebab Terlalu Emosi

Kecoh media hiburan semalam setelah isteri kepada pengacara dan pelakon Fikry Ibrahim dilaporkan hadir ke mahkamah syariah untuk memfailkan cerai sedangkan baru sahaja empat bulan bernikah.

Berikutan itu, media tertumpu kepada respon pelakon itu yang kemudiannya menafikan rumah tangga yang baru dibina mereka sedang berantakan dan menanti untuk berpisah.

Advertisement

Terbaharu, isteri Fikry, Siti Khalizah Alihan dilihat memuat naik foto berpegangan tangan bersama pelakon itu di Instagram sekaligus memberi andaian hubungan mereka semakin pulih.

Dia juga berterima kasih kepada mereka yang mendoakan hubungan perkahwinan mereka baik-baik sahaja dan diberkati.

Terima kasih kepada yang mendoakan kebahagiaan kami.

Menjengah ke ruangan komen, ramai tampil mengusik kedua-duanya dan menganggap Khalizah memfailkan cerai kerana merajuk.

Kes merajuk je ni. Suami yang baik akan pujuk balik. Biasalah wanita, kita semua bayi yang tak pernah membesar.

Menurut Fikry, tujuan Khalizah ke mahkamah adalah untuk membatalkan permohonan cerai yang dibuatnya pada Mei lalu.

Pasangan ini bernikah pada 12 Februari 2025 dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di kampung halaman Fikry Ibrahim di Jitra.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Fikry ibrahim dan isteri
11 hours ago

“Dia Pergi Mahkamah Nak Tarik Kes, Sedangkan Lidah Lagi Tergigit Ni Kan Pula..” - Hubungan Baik-Baik Saja, Fikry Ibrahim Perjelaskan Di Melodi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...