Terima Kasih Untuk Kenangan Manis Selama 3 Bulan Ini, Duhai Isteriku

Trending

Terima Kasih Untuk Kenangan Manis Selama 3 Bulan Ini, Duhai Isteriku

Jodoh dan juga ajal semuanya telah ditentukan oleh Allah sejak kita semua telah dilahirkan hingga maut menjemput kita semua.

Sesungguhnya tiada manusia di dunia ini yang tidak diuji. Mahupun musibah, cuma caranya berbeza mengikut kemampuan kita semua dalam menempuhnya.

Advertisement

Kita sebagai manusia sudah diajar untuk menerima qada dan qadar yang telah ditentukan, kerana setiap ujian itu pasti ada sesuatu yang mengajar kita erti kehidupan.

Begitulah kisah seorang pemuda yang tular di laman sosial baru-baru ini yang telah kehilangan isteri kesayangan setelah 3 bulan mendirikan rumah tangga.

Syahrain Azri telah memasukkan beberapa gambar kenangan bersama isterinya sejak tahun 2010 lagi untuk dikongsikan kepada semua betapa rindunya beliau terhadap permergian isteri tercinta.

Dimana mereka telah berkenalan sejak zaman sekolah dan seterusnya mendirikan rumah tangga.

Detik perkenalan beliau dan juga isteri selama 9 tahun hanyalah pinjaman tuhan buat sementara. Dimana wanita yang beliau cintai telahpun dijemput oleh sang pencipta kerana menghidapi barah otak.

Menurut Syahrain, isterinya adalah seorang doktor pelatih di sebuah hospital di Termerloh, Pahang. 

Pada 21 Jun 2018 beliau bertunang

Isterinya, Doktor Nurul Nazleatul Nadira sebenarnya seorang graduan dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan merupakan bekas aktivis I-Medik Sarawak yang telah banyak menyumbang di negeri ‘bumi kenyalang’ itu.

Pernikahan dipercepatkan oleh keluarganya

Allah sebaik baik perancang, nak dijadikan cerita memang sepatutnya kami berkahwin bulan Jun selepas raya, tetapi dia bagi juga kami rasai kehidupan suami isteri walaupun sekejap. Tak minta apa-apa, mohon sedekah al-fatihah sahaja untuk arwah isteri.


Kuatkanlah hati untuk tidak mempersoalkan ‘Takdir Allah, Percaturan Allah’ lebih baik.

Sayang, sungguh berat ujian ini, kadang saya terfikir bagaimana untuk meneruskan kehidupan tanpa awak, Allah ambil awak semasa kita sedang masih rancak bercinta, hanya 3 bulan kita sempat melalui kehidupan sebagai suami isteri, itu yang kita impikan semasa awal perkenalan tahun 2010 dahulu.

Tiba hari pernikahan 23 Mac lalu, Allah sahaja tahu betapa bersyukurnya dan gembiranya kita selepas cita-cita dan impian kita tercapai, pertama kali saya imamkan awak, awak menitiskan air mata, semua perkara kita rancang dengan teliti.

Tetapi Allah itu sebaik baik perancang, awak tinggalkan saya ketika kita masih belajar untuk menjadi suami isteri yang baik, ketika kita masih duduk berjauhan. Alhamdulillah sempat menjadi suami walaupun tidak sempurna. Hari ini genap 2 minggu pemergian awak. Semoga awak tenang dan ditempatkan di tempat orang yang solehah kerana itu yang selayaknya untuk awak. Terima kasih juga tinggalkan kenangan manis dan keluarga yang baik kepada saya. Al-Fatihah.

Selepas kisah beliau tular di media sosial, rata-rata netizen mengucapkan takziah dan memberi kata-kata semangat kepada beliau. Bukan itu sahaja, ada juga warga sosial yang mengenali isterinya kerana kebaikan yang pernah disumbangkan kepada masyarakat akan sentiasa diingati sampai bila-bila.

Arwah rajin bantu orang dan sertai misi kemanusiaan

Semoga Syahrain tabah dalam menghadapi ujian ini. Damailah kau di sana duhai isteri. Semoga syurga tempatmu kerana sering membantu orang-orang yang memerlukan bantuan darimu.

Sumber: Twitter

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...