Gara-gara hangatnya isu seorang guru yang dikenali sebagai Cikgu Fadli Salleh mengenai kegusarannya tentang sistem pendidikan di Malaysia, nama penyanyi rap Caprice juga turut menjadi bualan netizen di media sosial.
Meskipun niat Caprice hanya cuba untuk mendalami isu tersebut, namun Cikgu Fadli difahamkan telah membuat kenyataan untuk tidak membawa masuk campur tangan mana-mana pihak yang lain dalam pendedahannya itu.
Berikutan itu, penyanyi lagu Baby Sayang itu seperti tersinggung dengan kenyataan Cikgu Fadli di mana Caprice memaklumkan bahawa dia tidak minta dilayan dan menganggap pendidik itu sebagai seorang yang sombong.
Dah followers kita memang dari dulu minta kita bagi pendapat + support so apa salahnya aku support kau? Glamor sikit dah sombong, relax cikgu.
Enggan mengeruhkan keadaan, Cikgu Fadli tampil membuat kenyataan yang baru dan tetap tegas dengan pendiriannya untuk tidak ‘membawa masuk’ sebarang pihak yang lain dalam agenda mereka.
Tak dak isu sombong atau hate ke apa. Aku hanya reply spontan sahaja kat post kawan tu. Bukan buat post khusus hentam kau ke apa. Tak ada pun.
Apa pun Cap, terima kasihlah atas sokongan. Tahniah ambil berat juga isu pendidikan.
Dia juga turut memohon maaf jika penyanyi itu terasa hati dan mengucapkan terima kasih di atas sokongan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.