Terima Kasih NIVEA!!!

Hiburan

Terima Kasih NIVEA!!!

Abang Nara ialah seorang yang aktif bersukan. Abang Nara suka main futsal, bádminton dan kadang-kadang bowling pun Abang Nara layan. Semuanya bermula ketika Abang Nara belajar di Korea. Akibat cuaca yang terlalu sejuk, hobi Abang Nara bersukan untuk mengeluarkan peluh dan memanaskan badan.

nivea

Advertisement

Namun apabila pulang ke Malaysia yang sememangnya panas, akibat terlalu sibuk aktiviti bersukan Abang Nara berkurangan. Akibatnya timbul satu masalah iaitu badan Abang Nara cepat berpeluh. Kadang-kadang time tengah teman wife shopping pun boleh berpeluh. Ini memalukan lagi-lagi kalau tengah pakai baju putih dan bahagian yang basah teruk ialah di ketiak.

nivea

Banyak juga baju berwarna putih milik Abang Nara yang sudah kekuningan di bahagian ketiak akibat masalah ini. Bermacam-macam jenis deodorant yang Abang Nara gunakan namun masalah ini tetap timbul. Pening jugak kepala dibuatnya. Mungkinkah masalah kronik ini boleh diselesaikan?

nivea

Dan ketika Abang Nara sudah mula putus harapan, wife yang tercinta telah mencadangkan NIVEA For Men Invisible For Black & White Deodorant untuk mengatasi masalah ketiak berpeluh milik Abang Nara ini. Dalam hati Abang Nara rasa NIVEA Black & White ini tak akan berkesan tapi Abang Nara fikir tak ada salahnya pun nak mencuba. Korang tengoklah apa yang terjadi kat video bawah nie:

Rupanya Abang Nara tersilap besar. Sesungguhnya NIVEA Black & White Deodorant ada ramuan rahsia untuk mereka yang mempunyai masalah seperti Abang Nara. Bukan sahaja tanda-tanda kuning sudah tidak wujud lepas menggunakannya, namun bau ketiak Abang Nara tetap wangi dari pagi sampai balik kerja. Peluh pun dah tiada walaupun berlari-lari anak menaiki tangga pejabat akibat lif rosak.

nivea

Kalau dulu Abang Nara akan rasa malu-malu untuk dekat dengan seseorang kerana bau ketiak yang agak tidak menyenangkan, kini dengan NIVEA Black & White Deodorant Abang Nara tampil lebih yakin. Tak perlu takut, tak perlu rasa malu dan keyakinan bertambah 100%. Terima kasih NIVEA kerana menghasilkan produk yang berjaya menyelesaikan masalah Abang Nara selama ini.

nivea

Kepada lelaki-lelaki di luar sana, ubah hidup anda hari ini juga dengan NIVEA Black & White Deodorant.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...