Terima Kasih Lee Chong Wei Kerana Berkhidmat Selama 19 Tahun

Kehidupan

Terima Kasih Lee Chong Wei Kerana Berkhidmat Selama 19 Tahun

Hari ini pemain badminton No 1. negara, Datuk Lee Chong Wei telah memberi ucapan pesaraan menzahirkan penghargaan beliau kepada seluruh rakyat Malaysia atas sokongan padu sepanjang kariernya selama 19 tahun dalam sukan badminton.

Siapa tidak mengenali Datuk Lee Chong Wei bekas pemain nombor satu dunia yang pernah meraih pingat perak Sukan Olimpik sebanyak tiga kali dan meraih kejuaraan Terbuka Malaysia 12 kali.

Advertisement

Datuk Lee Chong Wei ialah seorang pemain badminton profesional Malaysia. Beliau pernah merangkul pingat perak di temasya Sukan Olimpik 2008, 2012 dan 2016.

Beliau adalah salah seorang rakyat Malaysia pertama yang layak ke pusingan akhir acara perseorangan lelaki, sekaligus menamatkan kemarau pingat Olimpik Malaysia sejak tahun 1996.

Pencapaian ini mengurniakan gelaran Datuk kepadanya, serta sanjungan oleh Perdana Menteri Malaysia yang keenam Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai wira kebangsaan.


Lee Chong Wei pernah menduduki tangga teratas dalam ranking pemain badminton lelaki perseorangan selama 199 minggu berturut-turut, iaitu pada 21 Ogos 2008 hingga 14 Jun 2012.

Beliau merupakan pemain badminton Malaysia ketiga yang mencapai tangga teratas selepas Rashid Sidek dan Roslin Hashim  dan juga satu-satunya jaguh badminton Malaysia yang mempertahankan kedudukan teratasnya selama lebih dua minggu.

Jom semua kita lihat kronologi kejayaan beliau sepanjang menjadi pemain no1 Malaysia. Bermula tahun:

2003
Chong Wei menghampiri gelaran juara pertamanya dalam sesebuah kejohanan utama pada tahun 2003, apabila beliau layak ke pusingan akhir sulungnya di Terbuka Malaysia 2003, sebelum tumpas di tangan Chen Hong dari China.

2004
Beliau berjaya memburu dua kejuaraan terawalnya di Terbuka Malaysia dan Terbuka China, Taipei. Pada tahun ini juga beliau menyertai pasukan kebangsaan ke Sukan Olimpik 2004 di Athens.

2006
Beliau berjaya merangkul tiga kejuaraan dari enam pusingan akhirnya pada tahun 2006 dan menjuarai Terbuka Switzerland.

Chong Wei membantu skuad Malaysia menggondol dua pingat emas dalam pertandingan badminton perseorangan lelaki dan pasukan campuran di temasya Sukan Komanwel 2006 di Melbourne.

Ketika ini beliau berjaya mencapai kedudukan teratas sebanyak dua kali di ranking dunia Persekutuan Badminton Dunia pada tahun 2006, lalu menyertai Kejohanan Dunia.

2008
Pada tahun 2008 dengan jayanya, beliau merangkul kejuaraan keempat Terbuka Malaysia dalam masa lima tahun diikuti Terbuka Singapura, Terbuka Korea (perlawanan terakhir sebelum sukan Olimpik) Terbuka All England, Terbuka Switzerland, Kejohanan Badminton Asia, dan juga Piala Thomas di Jakarta, Indonesia.

2010
Chong Wei memulakan tahun 2010 dengan merangkul kejuaraan Terbuka Korea dan Terbuka Malaysia (yang keenam) berturut-turut. Ini juga kali pertama memenangi dua kejohanan Super Series berturut-turut.

2018
Beliau telah memenangi pingat emas Sukan Komanwel pada April sambil memenangi pingat perak dari acara pasukan campuran.

Pada Julai 2018, Lee memenangi kejuaraan Terbuka Malaysia ke-12, dan mencapai separuh akhir Terbuka Indonesia. Seminggu sebelum Kejuaraan Dunia, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan bahawa Lee tidak akan mengambil bahagian untuk kejohanan dan Sukan Asia kerana menjalani rawatan untuk gangguan berkaitan pernafasan.


2019
Pada tahun lalu beliau telah disahkan menghidap kanser hidung tahap awal dan menjalani rawatan di Taiwan sebelum menyambung semula latihan selepas disahkan sembuh Januari lalu.

Terima kasih untuk segala-galanya Datuk Lee Chong Wei. Anda telah banyak berbakti kepada negara kita semua dengan pengorbanan yang tidak terkira.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...