Difahamkan dari laporan XTRA, pelakon jelita Mimi Lana meluahkan rasa kecewanya terhadap seseorang di laman X (Twitter), baru-baru ini.
Kata tunang kepada pelakon Syafiq Kyle itu, dia tidak pernah menganggu hidup mana-mana pihak ataupun menyakiti hati siapa-siapa.
Ciapan tersebut seolah-olah menggambarkan bahawa pelakon itu sedang lalui detik-detik gelap serta ujian yang berat dalam hidupnya.
Sumber : XTRA Terima kasih kerana awak timbulkan satu lagi masalah di kala saya sedang hadapi ujian yang sangat berat dalam hidup.
Biarpun meluahkan rasa kecewa, Mimi tidak memetik nama mana-mana pihak dan lebih memilih untuk simpan sendiri.
Difahamkan juga, ciapan tersebut telah pun dipadam oleh tuan empunya badan di platform terbabit.
