“Terima Kasih Kerana Selamatkan Saya & Anak Saya” – Wanita Diselamatkan Hero Ini Dari Disamun

Trending

“Terima Kasih Kerana Selamatkan Saya & Anak Saya” – Wanita Diselamatkan Hero Ini Dari Disamun
Screen-Shot-2016-05-23-at-3.07.03-PM

dikaburkan sebagai langkah keselamatan

Seorang lelaki yang baik hati kerana membantu seorang wanita dan anak wanita tersebut dari satu kumpulan penyamun kini sedang dicari oleh orang ramai khususnya netizen di media sosial.
Wanita berkenaan, Reena Peter, berkata dia dikacau oleh kumpulan penyamun itu ketika sedang menaiki Komuter ke KL Sentral pada petang Sabtu.

Kumpulan lelaki terbabit dikatakan cuba menyamun Reena dan anaknya di dalam komuter itu yang kosong itu.

Advertisement

Namun, perbuatan kumpulan itu gagal apabila lelaki baik hati itu datang membantu..

Ketika ingin menyelamatkan Reena dan anak Reena, lelaki tersebut terlibat dalam satu pergaduhan dengan kumpulan itu dan berjaya mengalahkan ketua kumpulan tersebut.

Selepas pergaduhan itu, kumpulan terbabit melarikan diri di stesen berikutnya. Bagaimanapun, Reena dan anaknya, yang dalam keadaan terkejut, tidak sempat mengucapkan terima kasih kepada penyelamat mereka itu.

Bagaimanapun, anak Reena sempat mengambil gambar hero mereka itu menggunakan telefon bimbit.

Reena kemudian memuat naik kisah berkenaan di Facebook bagi menyampaikan ucapan terima kasihnya, dan meminta pertolongan orang ramai untuk menyampaikan ucapan tersebut.

fb-post-komuter (1)

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.