“Terima Kasih Kerana Buat Saya Rasa Layak Dicintai” BCL Titip Ucapan Khas Sempena Hari Lahir Ashraf Sinclair di Instagram

Hiburan

“Terima Kasih Kerana Buat Saya Rasa Layak Dicintai” BCL Titip Ucapan Khas Sempena Hari Lahir Ashraf Sinclair di Instagram

Penyanyi dan pelakon kesayangan dua buah negara, Bunga Citra Lestari ataupun lebih dikenali sebagai BCL dilihat sedang mengenang ulang tahun kelahiran arwah suami tersayang, aktor Ashraf Sinclair.

Menitipkan ucapan manis dan penuh kasih sayang di ruangan Instagram, Bunga menyifatkan kehadiran arwah dalam hidupnya membuatkan dirinya beruntung dan bertuah kerana memiliki suami seperti Ashraf.

Advertisement

Dalam kapsyen entri tersebut, Bunga turut meluahkan rasa syukur kerana membuatkan dirinya merasa layak dicintai dan disayangi.

“Thank you for making me believe that i am worthy of love.. I am going to love me, like you love me. Happy Birthday, sayang..”

Meninjau ruangan komen, ramai peminat serta rakan artis mengucapkan Al-fatihah dan turut sama mengenang akan hari kelahiran pelakon berbakat itu.

View this post on Instagram

A post shared by Bunga Citra Lestari (@bclsinclair) on

Mengimbas kembali, Allahyarham Ashraf Sinclair telah kembali ke rahmatullah pada 18 Februari yang lalu akibat serangan jantung. Arwah dikebumikan di kompleks pemakaman San Diego Hills, Kerawang, Jawa Barat, Indonesia dan telah meninggalkan seorang balu dan seorang anak lelaki, Noah yang kini berusia 10 tahun.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...