“Terima Kasih Kerana Beri Peluang Kedua” – Doktor Curang Syukur Isteri Maafkan, Mohon Netizen Hormat Privasi Keluarga

Kehidupan

“Terima Kasih Kerana Beri Peluang Kedua” – Doktor Curang Syukur Isteri Maafkan, Mohon Netizen Hormat Privasi Keluarga

Seorang doktor dari Kelantan yang sebelum ini hangat diperkatakan gara-gara skandal curang akhirnya tampil membuat permohonan maaf terbuka kepada isterinya menerusi sebuah video di Facebook.

Dalam video tersebut, doktor berkenaan bukan sahaja mengakui kesilapannya, malah memohon orang ramai agar menghormati privasi keluarganya.

Advertisement

Isteri menderita dengan kecaman, terima doktor semula demi perbaiki rumah tangga

Katanya, kontroversi itu telah memberikan penderitaan besar kepada isterinya dan sekali lagi dia memohon maaf atas kesakitan yang telah ditimbulkan.

Kami capai kata sepakat, dan isteri saya memutuskan untuk menerima saya kembali demi memperbaiki rumah tangga bersama. Sekali lagi saya ingin ucapkan terima kasih dan maaf kepada isteri kerana memberi peluang kedua.

Tambahnya lagi, isu ini kini sudah memasuki proses undang-undang dan dia berharap orang ramai memberi ruang untuk keluarganya.

Isteri bersuara, hormati privasi keluarga

Kami akan bertanggungjawab dan bagi hal lain kami akan rujuk kepada nasihat guaman. Saya juga ingin memohon maaf kepada rakan-rakan serta keluarga yang terheret sama dan terpaksa menanggung kebimbangan akibat isu ini.

Dr wong

Di penghujung video, isterinya turut tampil seketika dan meminta agar orang ramai tidak mengaitkan anak-anak serta ahli keluarga mereka dengan kontroversi tersebut.

Saya harap semua dapat menghormati privasi kami dan jangan libatkan anak-anak serta keluarga dalam hal ini. Terima kasih.

Dr wong
2025-08-27 16:10:12

Tular Video 'Doktor Curang' Tempoh Hari Heret Staff Wanita Muslim Masuk Bilik - "CCTV Makan Tuan.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...